Pages


Jumaat, 24 April 2015

Pengalaman Temuduga Sarjana Muda Sains Senibina ( Kepujian ) UiTM

Assalamualaikum , guys ! :)
hee Alhamdulillah , dapat saya gagahkan diri untuk kongsikan pengalaman saya temuduga bagi bidang Sarjana Muda Sains Senibina ( Kepujian ) UiTM . okay before tu saya nak jelaskan pada yang lain , untuk pengetahuan korang course ni adalah untuk degree ( ijazah ) . bukan je untuk yang lepasan diploma dan setaraf, tapi juga diberi peluan untuk pelajar lepasan SPM ( ini info semasa 2015 lah tak tau kalau ada dibuat pindaan ) .

kenapa saya pilih course ni ?

- first of all : memang cita-cita dari sekolah rendah nak jadi arkitek ( selain askar wataniah masa darjah satu hahahaha ) 

- second reason is : for me , its a fast track untuk ambil degre. for sure lah fast , lepas SPM terus aje ambil course degree . kalau ikut cara lain , kena ambil diploma , matrikulasi , form 6, asasi , baru lah boleh apply untuk degree . dah disediakan jalan pintas, tak kan nak ambil jalan panjang jugak ye dok ? huhu ( opinion saya lah )

jadi bagi saya, saya ada reason yang kukuh kenapa saya pilih course ni .

okay berbalik kepada tujuan ( selalu menulis keluar dari tajuk teheee ) .

masa tu saya dapat panggilan temuduga ni pada 18 April 2015 ( sabtu ) di UiTM Lendu , Melaka . temuduga ni nanti terbahagi kepada dua . Ujian melukis dan temuduga walk-in .

saya dari Batu Pahat , Johor . jadi nak kesana tu tidak lah jauh sangat, cuma dalam 2 jam lebih . tapi hari tu saya sekeluarga bergerak awal. ( tu pun terlewat sikit ngeh ngeh ) plannya pukul 4 nak gerak , tapi terbangunnya pukul 4 , jadi , gerak dari rumah pukul 5 pagi . 

nak ikutkan saya punya turn pukul 10 pagi . tapi saja gerak awal sebab kami tak tahu lokasi sebenar UiTM Lendu tu. jadi takut sesak ke, sesat ke apa sebab tu gerak awal.

dalam perjalanan saya tidur ( memang setiap kali jumpa lebuh raya saya tidur muwahaha ) tiba-tiba teringat sesuatu. tersentak. terus cari balik surat arahan temuduga . hah kan dah agak !  ' habis , mati aku ' - cakap dalam hati .

ceritanya , semua salinan kad pengenalan , sijil kelahiran , saya terlupa nak sahkan . demmm . padahal semalam beria-ia sahkan salinan sijil-sijil sekolah. rupanya, sijil sekolah tak perlukan pengesahan pun. salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, yang perlukan pengesahan . masa tu rasa macam nak telan biji durian je biar pengsan sekejap. haha

dengan takut-takut , hati baca " ya latif , ya latif " , cakap dengan mama ayah .

" ma , ayah , orang lupa lah nak sahkan salinan kad pengenalan dengan sijil kelahiran "
pastu , bayangkan sendiri lah macam mana tahap bedilan bebelan tu. haha tapi senyapkan aje, memang salah sendiri pun huhu .

dalam hati terdetik , " macam-macam halangan, macam Allah nak beri petunjuk suruh redha je apa jadi."

akhirnya dengan bantuan waze dan senior sekolah ( Kamarul Bajak ) *terima kasih , sampai juga ke UiTM Lendu .

sampai sana lebih kurang pukul 8 lebih . sampai sampai je , punya lah ramai manusia. ramai sebab bukannya course yang saya ambil aje ditemuduga , tapi ada course senibina landskap , course pembangunan bandar dan wilayah , tesl , dan banyak lagi .

saya punya turn pun pukul 10 jadi ambil keputusan sarapan dulu . betul-betul kat depan UiTM Lendu tu ada Medan Selera. alhamdulillah dekat .

siap sarapan, satu masalah lagi . salinan kad pengenalan mama pulak tertinggal *senyum sinis. teringat kata hati tadi. tapi takpe, alang-alang dah sampai ni buat yang terbaik. ayah pun pergi ke kedai berdekatan. waktu tu lebih kurang pukul 9 lebih .

saya dengan mama, adik , tunggu kat ruang fakulti yang dah disediakan untuk calon temuduga. ramai sangat sampai tak ada ruang nak duduk. kerusi yang disediakan terhad. jadi nak tak nak, kena lah masing-masing berdiri macam pak pacak . tepat pukul 10 , saya dan kumpulan sesi kedua disuruh masuk ke dalam satu bilik . untuk ujian melukis .

UJIAN MELUKIS .


masa diperuntukkan adalah 1 Jam . jangan lupa untuk bawa pensil 2B dan pemadam . pembaris diharamkan samasekali . nanti kertas lukisan akan disediakan .

bila masuk dalam bilik tu , kami semua kena duduk sekeliling . situasi lebih kurang dalam bilik mesyuarat. nanti akan diletakkan sebuah meja kecil  kat tengah tengah dan atas meja tu akan diletakkan sebarang bentuk bongkah. contoh maca saya haritu diletakkan satu bongkah kiub , diatas kiub ada sebuah sfera . sebelah kiub dan sfera tu ada piramid dan atas piramid ada sehelai sapu tangan dan dibelakang piramid tu ada botol air.
hah rumit tak deskripsi nya haha . lepas tu kenalah lukis sebijik macam yang awak nampak tu . effect shadow , penataan cahaya jangan lupa tekankan.

bak kata seorang lecturer yg jaga hari tu
" draw what you see not what you think " haa gitu ko . haha

pum pang pum pang siap dah melukis. isi lah apa apa maklumat yang dikehendaki pada borang yang disediakan . lepastu dapat diberi arahan, tunggu kat bilik yang bertentangan untuk temuduga walk-in .

Temuduga walk-in

bab ni geram sikit nak cerita. di pendekkan , saya tunggu turn dari pukul 11am  , dan turn saya masuk pukul 6.50 pm *senyumsinis . kenapa lambat ? dia panggil nama ikut abjad pangkal nama. disebabkan nama saya Syamim Masturah , jadi memang turn saya yang last last lah. dan saya adalah dalam golongan 8 orang terakhir yang balik . geramnyaaaaaaaaaaaaa !! memang ada beberapa org lain yang dah frust menunggu tu balik je. tapi saya dah tunggu dari pagi buta , tak mungkin nak balik . at least try my best.

before turn saya , saya banyak bertanya pada kawan kawan yang dah dapat turn awal ( terima kasih kawan samurians : wawa , rika , agas , mancis ) . diorang kata, jangan risau. dia tanya perkara simple je . dia bukan nak tengok sangat pengetahuan ttg architecture ni . just nak tengok tahap keyakinan kita macam mana . 

"speaking ke?"
" awal awal je speaking dah last last terabur semua cakap melayu "

ok part tu lega sikit.

saya tunggu penuh sabar. kaki dah sakit. kepala dah sakit. pinggang dah sakit. tapi tabahkan diri. sampai buat lawak tak berapa cerdik dah dengan mama sebab bosan tahap gaban haha . and at last, turn saya . alhamdulillah .

masa tu saya masuk bersama 4 orang calon lain. saya duduk pada kerusi terakhir sebab kononnya nak jd orang yang terakhir ditemuduga . tup tup

"okay syamim masturah, tell me about yourself"
'omg. im not ready !'

pum pang pum pang sembur speaking berterabur haha peduli ah yang penting ada ayat

"  i really really want to be an architect ! " intonasi memaksa sebenarnya haha . tapi saya sedar , point saya tak banyak. mungkin sebab emosi dah terganggu , penat menunggunya lain. dan waktu terakhir saya masukkan makanan dalam mulut pagi tadi pukul 9, setengah keping lempeng ! mana ada mood beb . haha

and second question dia tanya ,
"story about your leadership "

saya pun speaking london pastu ingat nak cakap melayu pulak sebab penat dah kepala nak translate bahasa inggeris .

" i heard that you speak english right . so speak in english "

mata terus tengok luar tingkap tembus nampak pokok bergoyang. aaaaah tak adil tak adil !

pastu pastu , saya pasrah je ha ha ha sebab ada sorang calon lelaki yang duduk sebelah saya tu dia speak very well then leadership dia pun bagus. pernah build new city kat legoland lah , dapat 3rd prize lah , bla bla bla haha senang kata potensi dia memang tinggi . dan saya kat sebelah , sentum redha tengok lantai je. portfolio yang saya beria-is sediakan pun penemuduga tu tak sentuh langsung pun. see , kata hati dari tadi dah bagi petunjuk.

saya terus teringat ayat yang mama duk ulang ulang,
" mama doakan awak dapat ipg je . jadi cikgu je . takyahlah jadi arkitek ni . peluang kerja terhad . tak sesuai perempuan. *bla bla blaa and so many complaints " okay set. terus teringat satu ayat,

" redha Allah tu terletak pada redha ibu bapa "

dan alhamdulillah , saya nampak jalan ke ipg tu dipermudahkan Allah . saya percaya , doa ibu tu kuat .
dan hasilnya , alhamdulillah saya dapat panggilan temuduga ipgpada khamis 30 April ni . walaupun panggilan matrikulasi dah dapat, mama tetap berkeras doakan saya masuk ke ipg.  insyaallah, saya buat yang terbaik sebab saya tahu ini jalan yang paling mama dan ayah redha . saya pun redha redha kan diri lah :) hihi .

mohon doa kalian saya berjaya dapat masuk ke ipg .

anyway , saya tahu entri saya tak membantu sangat jadi saya sertakan pautan halaman yang lain untuk pengalaman temuduga sarjana muda sains senibina ni.


1. sophie al-yahya
2. pengalaman temuduga senibina

wassalamu !








Sabtu, 4 April 2015

Cara Buat Lips Scrub / Skrub bibir lebam atau kering

assalamualaikum !

tadi dekat instagram ada iklan kcolly . lama dah usha kcolly sweet 17 ni tapi ragu ragu juga sebab katanya produk ni banyak yang tiruan . scroll punya scroll ternampak lah ig ni jual lips scrub . nampak comel jee bekas dia hihi ada perisa strawberry lah cokelat lah . macam macam.

memang jadi masalah bagi rata rata rakyat malaysia ni mempunyai bibir yang lebam. mungkin juga faktor cuaca tapi rasanya lebih kepada penggunaan lipstick. sama ada kualiti lipstick tu yang rendah ataupun kulit bibir sendiri yang sensetif.

bagi pengguna yang mementingkan duit macam saya ni ( hahaha ) saya lebih rela DIY ( Do it yourself ) sendiri menggunakan bahan yang sedia ada kat rumah ni. yelah, agak mahal kalau harganya hampir RM10 bagi sebuah bekas kecil isi dadih tu . baik simpan duit nak kahwin hua hua hua

ok stop membebel.

bahan-bahan :
1 sudu gula pasir
1 sudu madu
1 sudu teh minyak zaitun / olive oil
1/2 sudu teh jus lemon ( tapi saya guna limau sambal tu je haha )

gaulkan kesemua bahan sampai sekata. tak perlu sampai gula larut pun.

gunakan scrub ni seminggu sekali atau bila bila yang dirasakan perlu.
scrub bibir ni boleh melembabkan kulit bibir yang kering dan memudarkan lebam bibir. menurut kata sumber lah kan. huhu tapi insyaallah. baik kita buat sendiri daripada tanggung risiko beli dari orang yang kita tak tahu apa bahan yang dicampur, entah ada chemical substances ke kan. guna bahan bahan semulajadi ni insyaallah selamat.

sekian, wassalamu !

Khamis, 2 April 2015

Pengalaman menghadiri Ujian Kecergasan Calon Guru (UKCG)

assalamualaikum ! huwaaaa tadi dah update blog tentang UKCG ni pastu tak tau ler apesal tetiba hilang aaaa nak nangis T.T

okay kita start balik .

alhamdulillah semalam 1st April 2015 saya dah menjalani Ujian Kecergasan Calon Guru (UKCG) di Institut Perguruan Kampus Tun Hussein Onn Batu pahat.

sebelum tu, kot kot ada adik adik yang nak tau apa apa pasal Institut Pendidikan Guru ni , boleh pergi ke portal Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my . untuk tahun 2015, permohonan ipg dibuka bermula 17 Februari sehingga 9 Mac 2015 . kemudian pengumumam bagi calon yang berjaya menduduki UKCG adalah pada 23 hingga 29 Mac 2015  (6 hari sahaja) ini bermakna adik adik kena alert dengan apa apa update tentang ipg.

pada 30 Mac hingga 9 April 2015 , semua calon yang dipilih akan menduduki ujian UKCG mengikut tempat dan masa yang ditetapkan. saya dapat 1 April 2015 . so nanti bila dah semak nama dan berjaya , jangan lupa bawa apa apa bahan yang disuruh.

seperti :

dokumen asal sijil kelahiran, kad pengenalan, surat akuan (cetak diinternet) , slip kehadiran (cetak diinternet), dan sebagainya. nanti untuk pakaian, perempuan dikehendaki memakai baju tshirt hitam, tudung hitan, seluar track hitam dan stokin putih. untuk lelaki, baju putih dan seluar hitam.

dalam surat nanti ada kata hadir 30 minit awal, jadi betul betul kena hadir 30 minit awal. saya masa tu lambat lebih kurang 20 minit, nama dah pun dipanggil untuk beritahu tempat peperiksaan. nasib baik ada ulangan panggilan tiga kali huahua

untuk ujian UKCG ada 2 sesi.

sesi yang pertama , ujian Inventori Sahsiah Guru (INSAK). ujian ni merupakan ujian bagi soalan objektif dan dikehendaki menjawab di kertas OMR dalam masa 45 minit.

ujian INSAK mempunyai 2 bahagia iaitu :

bahagian A .  ada 135 soalan objektif beserta dua pilihan jawapan. dicadangkan masa untuk menjawab adalah 30 minit.

contoh soalan :

" anda membantu menandakan kehadiran rakan anda yang tidak dapat hadir ke kuliah"

jawapan :
a) wajar
b) tidak wajar

bahagian B . ada 60 soalan objektif beserta empat pilihan jawapan. dicadangkan masa untuk menjawab adalah 15 minit

contoh soalan :
" saya sering mendengar suara halus"

jawapan :
a) sangat tidak benar
b) tidak benar
c) benar
d) sangat benar

fuh ! berakhir dah debaran pertama.

ujian seterusnya bermula. lepas je siap ujian bertulis tu, semua calon dikehendaki ikut senior yang dah ditetapkan untuk ke gymnasium. gymnasium kat ipg kampus tun hussein onn tu boleh tahan jauh. semput jugaklah. pastu masa nak ke sana bukannya jalan lenggang mak limah kangkung oii. kena lari anak. kira macam warming up. huhu

sampai kat gymnasium, akan ada senior lain yang lead untuk warm up yang betul. pastu, bau busuk tengik semua dah bau bau bacang haha.

tapi... ujian sebenar baru je nak mula. setiap group yang dibahagikan akan bermula pada checkpoint yang berbeza.

semua sekali ada 5 checkpoint yang kita kena tempuh. seperti :

checkpoint pertama : Lompat Kuadran / Quadran





untuk lompat kuadran, nanti akan ada bentu tambah ( + ) atas lantai . lepastu kita kena lompat ikut petak yang disediakan tu dengan kedua dua kaki melompat secara serentak. mula mula kena lompat kedepan kemudian ke kanan , seterusnya ke belakang dan akhir sekali kekiri. lompatan harus diteruskan dalam masa 10 saat. nanti dia nak tengok berapa banyak lompatan yang kita boleh buat dalam masa 10 saat .

checkpoint kedua : Kilas Sisi



untuk kilas sisi pula, kita dikehendaki berdiri tegak membelakangkan dinding . jarak kaki dengan dinding lebih kurang 10-15 sentimeter . kemudian, di dinding akan ditampal satu kertas yang bersaiz lebih kurang kertas A4 .

cara dia , mulakan dengan membongkokkan badan dan cecahkan jari ke lantai kemudian dalam keadaan kaki yang pegun /statik , pusingkan tubuh kebelakang sehingga jari mencecah kertas didinding. lakukan dengan posisi berselang seli kiri dan kanan. dia akan kira berapa banyak yang kita boleh dapat dalam masa seminit.

checkpoint ketiga : BMI ( body mass index )

ni lah checkpoint paling senang hmmmmmpss haha . cuma ambil berat badan, ukur tinggi badan  lepastu serahkan pada senior yang bertugas untuk kirakan bmi kita.

checkpoint keempat : sit up

bab sit up ni jangan duk risau sangatlah . bukannya susah macam segak kena buat banyak kali sampai senak perut. untuk UKCG ni, sit up terdapat 5 variasi . kita cuma perlu buat sekali untuk setiap variasi.

variasi yang pertama :
dalam posisi baring dan kaki didirikan 90 darjah antara lutut dan peha, bangunkan badan dan pastikan tapak tangan mencecah lutut.

variasi kedua :
bangunkan badan sehingga siku mencecah lutut.

variasi ketiga :
dalam keadaan tangan bersilang di perut, bangunkan badan sehingga tangan mencecah peha

variasi keempat :
dalam keadaan tangan bersilang diatas kepala, bangunkan badan

variasi kelima :
dalam keadaan tangan bersikang di belakang kepala, bangunkan badan .

checkpoint ke lima (terakhir dan penyeksaan haha) : Bleep Test

untuk bleep test ni, mudah je cara nya tapi nak buat dia penatnyaaaa mak aii .

caranya begini. kita dikehendaki lari dr satu kawansan lurus ke satu kawasan mengikut tempo yang ditetapkan. contoh, sebaik sahaja bunyi beep yang pertama, kita kena lari sampai ke garisan penamat. sebaik sahaja bunyi beep yang kedua, kita kena lari patah balik sehingga garisan penamat .

kalau kita tak sempat sampai pada garisan penamat selepas bunyi beep yang pertama, kita akan diberi kad kuning. dan kalau kita tak sempat untuk 2 kali berturut turut, kita akan diberikan kad merah dan OUT !

yang buat penatnya, tak sempat tarik nafas dan kena pecut lagi.

kalau orang yang selalu masuk merentas desa tu insyaallah boleh buat.
dan oh ya. bleep test ni nanti dibahagikan ikut level. dan setiap satu level tu tak silap ada 8 peringkat.

contoh : level 1.1 , 1.2 , 1.3 hingga 1.8 . kemudian level 2.1 , 2.2 , 2.3, hingga lah level 8.0 haha rasanya lah sbb tak ingat nombor.
setiap 0.1 level tu adalah satu larian .

dan minimum untuk perempuan adalah level 2.5 .

okay sekiannnnn.. doakan saya layak untuk masuk ujian temuduga. nanti saya boleh share lagi ihiks .

semoga membantu dan good luck guys !