Pages


Khamis, 2 April 2015

Pengalaman menghadiri Ujian Kecergasan Calon Guru (UKCG)

assalamualaikum ! huwaaaa tadi dah update blog tentang UKCG ni pastu tak tau ler apesal tetiba hilang aaaa nak nangis T.T

okay kita start balik .

alhamdulillah semalam 1st April 2015 saya dah menjalani Ujian Kecergasan Calon Guru (UKCG) di Institut Perguruan Kampus Tun Hussein Onn Batu pahat.

sebelum tu, kot kot ada adik adik yang nak tau apa apa pasal Institut Pendidikan Guru ni , boleh pergi ke portal Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my . untuk tahun 2015, permohonan ipg dibuka bermula 17 Februari sehingga 9 Mac 2015 . kemudian pengumumam bagi calon yang berjaya menduduki UKCG adalah pada 23 hingga 29 Mac 2015  (6 hari sahaja) ini bermakna adik adik kena alert dengan apa apa update tentang ipg.

pada 30 Mac hingga 9 April 2015 , semua calon yang dipilih akan menduduki ujian UKCG mengikut tempat dan masa yang ditetapkan. saya dapat 1 April 2015 . so nanti bila dah semak nama dan berjaya , jangan lupa bawa apa apa bahan yang disuruh.

seperti :

dokumen asal sijil kelahiran, kad pengenalan, surat akuan (cetak diinternet) , slip kehadiran (cetak diinternet), dan sebagainya. nanti untuk pakaian, perempuan dikehendaki memakai baju tshirt hitam, tudung hitan, seluar track hitam dan stokin putih. untuk lelaki, baju putih dan seluar hitam.

dalam surat nanti ada kata hadir 30 minit awal, jadi betul betul kena hadir 30 minit awal. saya masa tu lambat lebih kurang 20 minit, nama dah pun dipanggil untuk beritahu tempat peperiksaan. nasib baik ada ulangan panggilan tiga kali huahua

untuk ujian UKCG ada 2 sesi.

sesi yang pertama , ujian Inventori Sahsiah Guru (INSAK). ujian ni merupakan ujian bagi soalan objektif dan dikehendaki menjawab di kertas OMR dalam masa 45 minit.

ujian INSAK mempunyai 2 bahagia iaitu :

bahagian A .  ada 135 soalan objektif beserta dua pilihan jawapan. dicadangkan masa untuk menjawab adalah 30 minit.

contoh soalan :

" anda membantu menandakan kehadiran rakan anda yang tidak dapat hadir ke kuliah"

jawapan :
a) wajar
b) tidak wajar

bahagian B . ada 60 soalan objektif beserta empat pilihan jawapan. dicadangkan masa untuk menjawab adalah 15 minit

contoh soalan :
" saya sering mendengar suara halus"

jawapan :
a) sangat tidak benar
b) tidak benar
c) benar
d) sangat benar

fuh ! berakhir dah debaran pertama.

ujian seterusnya bermula. lepas je siap ujian bertulis tu, semua calon dikehendaki ikut senior yang dah ditetapkan untuk ke gymnasium. gymnasium kat ipg kampus tun hussein onn tu boleh tahan jauh. semput jugaklah. pastu masa nak ke sana bukannya jalan lenggang mak limah kangkung oii. kena lari anak. kira macam warming up. huhu

sampai kat gymnasium, akan ada senior lain yang lead untuk warm up yang betul. pastu, bau busuk tengik semua dah bau bau bacang haha.

tapi... ujian sebenar baru je nak mula. setiap group yang dibahagikan akan bermula pada checkpoint yang berbeza.

semua sekali ada 5 checkpoint yang kita kena tempuh. seperti :

checkpoint pertama : Lompat Kuadran / Quadran





untuk lompat kuadran, nanti akan ada bentu tambah ( + ) atas lantai . lepastu kita kena lompat ikut petak yang disediakan tu dengan kedua dua kaki melompat secara serentak. mula mula kena lompat kedepan kemudian ke kanan , seterusnya ke belakang dan akhir sekali kekiri. lompatan harus diteruskan dalam masa 10 saat. nanti dia nak tengok berapa banyak lompatan yang kita boleh buat dalam masa 10 saat .

checkpoint kedua : Kilas Sisi



untuk kilas sisi pula, kita dikehendaki berdiri tegak membelakangkan dinding . jarak kaki dengan dinding lebih kurang 10-15 sentimeter . kemudian, di dinding akan ditampal satu kertas yang bersaiz lebih kurang kertas A4 .

cara dia , mulakan dengan membongkokkan badan dan cecahkan jari ke lantai kemudian dalam keadaan kaki yang pegun /statik , pusingkan tubuh kebelakang sehingga jari mencecah kertas didinding. lakukan dengan posisi berselang seli kiri dan kanan. dia akan kira berapa banyak yang kita boleh dapat dalam masa seminit.

checkpoint ketiga : BMI ( body mass index )

ni lah checkpoint paling senang hmmmmmpss haha . cuma ambil berat badan, ukur tinggi badan  lepastu serahkan pada senior yang bertugas untuk kirakan bmi kita.

checkpoint keempat : sit up

bab sit up ni jangan duk risau sangatlah . bukannya susah macam segak kena buat banyak kali sampai senak perut. untuk UKCG ni, sit up terdapat 5 variasi . kita cuma perlu buat sekali untuk setiap variasi.

variasi yang pertama :
dalam posisi baring dan kaki didirikan 90 darjah antara lutut dan peha, bangunkan badan dan pastikan tapak tangan mencecah lutut.

variasi kedua :
bangunkan badan sehingga siku mencecah lutut.

variasi ketiga :
dalam keadaan tangan bersilang di perut, bangunkan badan sehingga tangan mencecah peha

variasi keempat :
dalam keadaan tangan bersilang diatas kepala, bangunkan badan

variasi kelima :
dalam keadaan tangan bersikang di belakang kepala, bangunkan badan .

checkpoint ke lima (terakhir dan penyeksaan haha) : Bleep Test

untuk bleep test ni, mudah je cara nya tapi nak buat dia penatnyaaaa mak aii .

caranya begini. kita dikehendaki lari dr satu kawansan lurus ke satu kawasan mengikut tempo yang ditetapkan. contoh, sebaik sahaja bunyi beep yang pertama, kita kena lari sampai ke garisan penamat. sebaik sahaja bunyi beep yang kedua, kita kena lari patah balik sehingga garisan penamat .

kalau kita tak sempat sampai pada garisan penamat selepas bunyi beep yang pertama, kita akan diberi kad kuning. dan kalau kita tak sempat untuk 2 kali berturut turut, kita akan diberikan kad merah dan OUT !

yang buat penatnya, tak sempat tarik nafas dan kena pecut lagi.

kalau orang yang selalu masuk merentas desa tu insyaallah boleh buat.
dan oh ya. bleep test ni nanti dibahagikan ikut level. dan setiap satu level tu tak silap ada 8 peringkat.

contoh : level 1.1 , 1.2 , 1.3 hingga 1.8 . kemudian level 2.1 , 2.2 , 2.3, hingga lah level 8.0 haha rasanya lah sbb tak ingat nombor.
setiap 0.1 level tu adalah satu larian .

dan minimum untuk perempuan adalah level 2.5 .

okay sekiannnnn.. doakan saya layak untuk masuk ujian temuduga. nanti saya boleh share lagi ihiks .

semoga membantu dan good luck guys !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan