Pages


Sabtu, 4 April 2015

Cara Buat Lips Scrub / Skrub bibir lebam atau kering

assalamualaikum !

tadi dekat instagram ada iklan kcolly . lama dah usha kcolly sweet 17 ni tapi ragu ragu juga sebab katanya produk ni banyak yang tiruan . scroll punya scroll ternampak lah ig ni jual lips scrub . nampak comel jee bekas dia hihi ada perisa strawberry lah cokelat lah . macam macam.

memang jadi masalah bagi rata rata rakyat malaysia ni mempunyai bibir yang lebam. mungkin juga faktor cuaca tapi rasanya lebih kepada penggunaan lipstick. sama ada kualiti lipstick tu yang rendah ataupun kulit bibir sendiri yang sensetif.

bagi pengguna yang mementingkan duit macam saya ni ( hahaha ) saya lebih rela DIY ( Do it yourself ) sendiri menggunakan bahan yang sedia ada kat rumah ni. yelah, agak mahal kalau harganya hampir RM10 bagi sebuah bekas kecil isi dadih tu . baik simpan duit nak kahwin hua hua hua

ok stop membebel.

bahan-bahan :
1 sudu gula pasir
1 sudu madu
1 sudu teh minyak zaitun / olive oil
1/2 sudu teh jus lemon ( tapi saya guna limau sambal tu je haha )

gaulkan kesemua bahan sampai sekata. tak perlu sampai gula larut pun.

gunakan scrub ni seminggu sekali atau bila bila yang dirasakan perlu.
scrub bibir ni boleh melembabkan kulit bibir yang kering dan memudarkan lebam bibir. menurut kata sumber lah kan. huhu tapi insyaallah. baik kita buat sendiri daripada tanggung risiko beli dari orang yang kita tak tahu apa bahan yang dicampur, entah ada chemical substances ke kan. guna bahan bahan semulajadi ni insyaallah selamat.

sekian, wassalamu !

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    Cik puan,scrub ini boleh disimpan di peti sejuk ?Atau hanya diletak pada suhu bilik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'salam. hee saya tak pasti ada effect ke tidak kalau letak dalam peti sejuk. tp sy letak dalam suhu bilik je dan dlm bekas bertutup. hee

      Padam
    2. lagi better letak kat peti ais sebab lagi tahan lama and fresh je bila pakai heee

      Padam
  2. Saya mencari pelajar utk buat satu lukisan draft sketch bangunan kecil satu tingkat. Jika berminat whatsapp saya di 019-2258796. Tq. Jazakumullahu Khairan.

    BalasPadam