Pages


Sabtu, 28 Disember 2019

PENGALAMAN PEMBEDAHAN TONSIL (TONSILLECTOMY AND ADENOIDECTOMY)

Assalamualaikum and hi gaesss .

Hari ini ( 28 december 2019 ) adalah hari yang ke-10 selepas aku selesai buat pembedahan tonsil pada umur 22 tahun . So basically, aku kongsi pengalaman pembedahan tonsil ni untuk aku sebagai orang dewasa lah, bukan pengalaman kanak-kanak.

CONTENT POST NI  * boleh lompat pada topik yang di highlight :

* BACKGROUND
* SEBELUM PEMBEDAHAN
* PETANG SEHARI SEBELUM PEMBEDAHAN (17 DECEMBER 2019)
* PAGI PEMBEDAHAN (18 DECEMBER 2019)
* SELEPAS SELESAI PEMBEDAHAN
* HARI - HARI SELEPAS PEMBEDAHAN (hari pertama - hari ketujuh)
* PENDARAHAN LEPAS PEMBEDAHAN 
* MINOR PROCEDURE UNTUK PENDARAHAN .
* KOS PEMBEDAHAN DAN RAWATAN (hospital kerajaan)
* UBAT-UBATAN SEPANJANG TEMPOH UNTUK SEMBUH 
* MENU MAKANAN mungkin SESUAI 

BACKGROUND

Background sikit before start , sebenarnya aku dinasihatkan doktor untuk buang tonsil ni since aku darjah 3 lagi (tahun 2006) tapi waktu tu mama aku suruh hold dulu since dia nak try cara berubat dengan supplement atau mungkin bagi dia operation tu mengerikan jadi dia tak nak tengok aku kena operate masa kecil lagi. tapi , makin meningkat tahun sebenarnya tonsil aku ni sedikit sebanyak memang mengganggu quality of life aku. contohnya , aku kuat berdengkur (kuat siot - so hasilnya tidur tak nyenyak dan aku selalu tersedar waktu tidur sebab tiba tiba tak boleh bernafas)  dan senang sangat kena serang demam. dan punca aku demam tu kadang-kadang benda remeh je, contohnya, aku minum teh o ais kat cafe masa lunch , pun dah boleh triggered tonsil aku untuk bengkak dan kemudian berjangkit sakit tekak, demam, migraine, selsema, lesu  and so on.

Sampai satu tahap waktu aku kat universiti masa semester 7 tak silap (tahun 2018), aku kena demam teruk. Selalunya kalau aku demam memang aku tak pergi klinik sebab dah selalu sangat demam , tapi waktu tu memang teruk, aku pergi klinik kat area rumah sewa aku. bila doktor check, cam biasaa "eh tonsil awak besar ni, saya buat surat awak terus refer pada doktor kat universiti awak ya (UiTM)? sebab kalau awak direct from UiTM awak boleh dapat charge lebih murah dan proses lebih cepat bila jumpa pakar nanti." . aku ikutkan je. 

long story short , aku di refer pada pakar Hospital UiTM Sungai Buloh. dan itu lah first time aku baru tahu yang tonsil ni ada stage 1 , 2 , 3 , 4 . and tonsil aku waktu tu pada grade 3 . (based on yang aku faham, grade tonsil ni bermaksud size bengkak tonsil yang tutup ruang udara kat bahagian throat tu. *correct me if im wrong . dan sejak kes aku direfer pada specialist , aku dah kena terima kenyataan yang tak lama lagi aku kena buat keputusan sendiri sama ada nak cut off tonsil ni atau teruskan lagi hidup dengan demam dan dibekalkan antibiotik setiap kali jumpa doctor sebab demam + tonsil triggered .

SEBELUM PEMBEDAHAN 

Akhirnya aku buat keputusan untuk buat pembedahan tonsil ni kat Hospital Batu Pahat (Hospital kerajaan *nanti aku beritahu kos pembedahan sekali) since aku pun dah habis belajar dan aku nak mak aku yang jagakan aku , so kita buatlah kat hometown.

mulanya, hospital beritahu appointment aku dengan Doktor Bius pada 23 december 2019 dan operation aku pada 8 Januari 2020 . aku okay je since waktu tu aku tak ada apa apa event terdekat. tiba-tiba lagi dua minggu sebelum appointment jumpa doktor bius, hospital telefon beritahu yang tarikh aku operation tu ada kerja penyelenggaraan kat bilik bedah tu, jadi dia minta izin anjak kan tarikh pada pertengahan bulan 4 , 2020. tapi aku tak berapa setuju sebab hujung bulan 5, 2020 aku dah nak kahwin dah. dibuatnya lepas operation aku tak boleh cakap lagi sampai kahwin, habis lah. haha . then, dia kata kalau macam tu terpaksa turn awak bulan 9 nanti. mak aii lamanya . im officially a wifeee dah masa tu. sedih sebab ingat nak mama fully jaga kan masa berpantang tapi tu je pilihan yang ada. aku akur jelah.

jeng jeng. masa 17 december haritu , hospital call lagi. ni dialog dia.

" masturah, awak buat operation esok nak 18 december? esok operation theatre ada kosong. kalau tak nak esok, bulan 9, 2020. kalau nak , terus pack baju petang ni boleh terus masuk ward " .

dah lah masa tu tak tidur dua hari siapkan project bos, dekat mall pulak tu tengah tunggu nak meeting dengan bos , ternganga aku. haha . aku call mama, mama kata buat je, lagi cepat lagi bagus. sekarang pun takda apa apa sangat. so aku minta confirmation bos (nasib baik bos aku jenis understanding sangat), terus pack baju , pukul 3 petang terus pergi hospital.

PETANG SEHARI SEBELUM PEMBEDAHAN (17 DECEMBER 2019)

Sebelum aku masuk ward, doktor recheck dulu berat aku , suhu , dan keadaan tonsil aku. sebab kalau aku demam waktu tu, immediately aku tak boleh operate haritu. sebab memang procedure pembedahan pun kan, kalau kau ada demam kau terus tak boleh buat pembedahan. and guess what masa doktor check tonsil aku tu,

" eh sekarang tonsil awak dah grade 1 ni. susah nak buat operation macam ni sebab kecik , kita susah nak keluarkan dia"

ah sudah. habistu macam mana ni.

"saya dah call pakar, dia kata takpe proceed je, tapi saya nak tahu bila last tonsil awak triggered?"

"2 weeks before (*masa ni aku tak demam tp tonsil bengkak sebab minum air sirap ais je beybeh)"

"hah? alamak. 2 weeks ya.. okay takpe, 2 weeks insyaallah boleh sebab kira ngam ngam tempoh minimum untuk recovery. tapi saya dapat rasakan susah nak buat awak punya ni. "

doktor pakar ENT (Ear Nose and Throat) pun datang jenguk aku petang tu. dia tanya aku macam ni.

"awak sure nak buang tonsil ni? dalam tempoh nak pulih tu tempoh paling sakit tau. dan tak ada cara lain untuk sembuh selain awak kena paksa makan jugak. sebab bila awak makan hari-hari, makanan tu menghakis lapisan tissue mati yang dah dilaser. kalau awak lama tak makan, nanti tissue tu tebal. once awak makan semula, tissue tanggal dan boleh jadi pendarahan. pendarahan tu paling kita nak elak sebab kalau tak awak kena buat operation kali kedua."

ok doktor. saya ikut je. saya dah admit ward siap sign segala perjanjian pun, takkan saya nak kata tak nak tiba tiba pulak doktor hurhuhrur

Masa ni aku rasa pengalaman aku admit hospital paling best , rasa macam tengah holiday pun ada haha. sebab, aku dapat masuk bangunan hospital yang baru dan cantik , aku tak rasa demam atau tak sihat , aku makan dengan bahagia, cuma pakai baju hospital dan ada tapak drip air kat tangan. kiri aku ada patient suspect appendix, depan aku ada nenek yang dah berusia dan tak sihat, jadi waktu tu aku lah patient paling sihat dan berselera makan apa saja.

nilah muka holiday kat ward tu hiks


before maghrib doktor bius datang brief pada aku apa procedure dia akan lakukan esok. dia akan masukkan ubat tidur lalu drip tangan and poofff aku akan hilang zzzzz . dan dia kata kalau nak makan , makan siap siap sampai pukul 2 pagi and minum air kosong  5 pagi je lepas tu kena puasa sebab turn aku operation esok pukul 8.00 pagi hamekaw . so malam tu aku suruh je mak ayah dengan adik aku balik sebab kalau tak diorang kena tidur atas kerusi. kesian pulak. so aku tidur lah sorang malam tu. ceh tipu je mana ada sorang, ada je 2,3 orang patient lain hehe.

PAGI PEMBEDAHAN (18 DECEMBER 2019)

Aku dah terbangun pukul 5 pagi sebab buat alarm last minum air kosong. lepastu ingat nak sambung tidur (betapa tak ingat kematiannya masturah ni) tapi teringat pulak mak aku kata malam tu zikir banyak2 ingat mati sebab tak tau lepas masuk ubat tidur tu kita bangun lagi ke tidur terus (dia punya deep tu , zuppp naik sampai atas) , terussss pagi tu antara pagi yang subuh aku paling awal. tak azan lagi aku dah gosok gigi dalam toilet ambil wudhu' siap siap. tu lah manusia kan, lagha je selalu. dah tahu nak mati baru nak ingat tuhan.

pukul 7.15 pagi tu mak aku dengan ayah aku dah datang. nurse pun dah suruh tukar baju operation. nurse kata, bukak semua. s.e.m.u.a . pakai sehelai sekeping baju bedah tu je. lepas tu, nurse suruh aku naik atas stretcher, dia sorong aku sampai operation theatre. masa tu jantung dah dupdap gak. aku dah terbayang nak masuk bilik bedah macam cerita korea Dr Stranger tu phew tinggi angan angan. aku siap bayangkan nurse and doctor masuk bilik bedah bukak pintu pakai tekan kat lutut je (*yang tengok cerita korea tahu lah hahaha) rupanya di malaysia tidak lagi yaaaa anak anak. masih manual menggunakan telapak tangan untuk buka pintu hehe. sebelum masuk bilik OT (operation theatre) aku byebye mama ayah , tak tau lepas operate jumpa lagi ke tidak. tapi aku tenang, takde air mata pun. sebab aku memang macam tu, im a cool kid okay.

dah tiba masa, doktor bius pun dah ada. nurse dah pakai kan wayar wayar kat dada leher. aku tahu procedurenya nanti dia masukkan tiub kat paru paru lalu mulut untuk balance kan pernafasan waktu aku tak sedar nanti. doktor bius dah tekapkan oxygen mask kat mulut.

" selawat, zikir. kemudian awak mengucap ya, kejap lagi saya masukkan ubat tidur dalam drip awak"

aku mengucap, aku sedar dia cucuk satu liquid dekat iv drip aku , aku ingat nak kira sampai sepuluh sebelum tertidur rupanya baru 3 saat dah tidur dah. salah aku yang memang kuat tidur , atau memang ubat tidur tu se-efisien begitu sekali - entah dan ZZzzzzz .

SELEPAS SELESAI PEMBEDAHAN

aku buka mata, nampak kipas. dengar orang berbual tapi tak boleh respon dan aku dapat recognised yang ni bukan ward aku. tapi aku ngantuk amat sangat jadi aku pejam mata balik je, then aku rasa ada orang tepuk slow ,

"adik bangun, kejap lagi kita nak hantar adik masuk ward ya." aku angguk je, dia suruh aku angkat badan tukar katil pun aku rasa tu lah perasaan paling malas aku pernah rasa. tahap mengantuk bius ubat tidur tu, nak angkat punggung pun malas. literally !

sampai ward aku nampak jam dinding dalam pukul 11. aku tidur balik walaupun aku dah nampak mak dengan ayah aku kat sebelah, tapi memang takleh buat apa. aku buat bodoh dan sambung tidur je. betul betul pemalas sangat rasanya masatu.

Bangun tidur pukul 2 petang , aku nak air. aku minum tapi surprisingly aku tak rasa sakit tekak. cuma tak selesa. aku rasa tekak bengkak .

dan selain tu, tepi mulut aku ada kesan melecet sikit. mungkin sebab mulut kecil, dia ngangakan bagi luas atau banyak sangat equipment pembedahan yang masuk mulut. ada rasa pedih melecet jelah.

ni kesan melecet tepi mulut. sebenarnya tak sakit sangat pun.
tapi bila nak buka mulut untuk makan tu, agak mengganggu emosi jugaklah kadang-kadang.


 so aku tak kisah, aku minum air kosong je. lepas tu mak aku suapkan aiskrim vanilla. lega sebab rasa sejuk tapi masih tak sakit. waktu tu aku fikir macam ni
"oh takdelah sakit mana. baca kat blog macam sakit betul. alhamdulillah lahhhh"

HARI - HARI SELEPAS PEMBEDAHAN (hari pertama - hari ketujuh)

rupanya itu cuma fantasi untuk separuh hari je ya kawan kawan. sebab ubat bius tak hilang lagi LOLLLSS hahahahhaa .

Hari pertama lepas operation yang aku rasa indah tu, dah jadi tragedi masuk hari kedua. hari kedua aku dah start rasa tak selesa kat lidah, pipi, bibir sekali. rupanya , mulut aku kena ulser. aku lupa yang aku memang everymonth kena ulser, so aku patutnya alert yang lepas procedure pembedahan mestilah kena ulser dengan lagi senang sebab banyak wayar dan besi dan masuk mulut kann. tapi aku rileks lagi sebab sakitnya masih boleh handle hujung kuku aagitchu. Dan aku dah dibenarkan balik lah masuk hari keempat aku kat hospital tu.

lepas pembedahan tu, hari pertama dan kedua aku masih boleh cakap atau bunyi jugalah suku kata tu. masuk hari ketiga, mulut aku dah tak nak bercakap. cuma keluar "huu" "haa" je. nak apa apa pun aku tunjuk tunjuk je. sebab aku dah mula rasa sakit kawasan tekak , keliling mulut. macam kena beguk juga rasa sakitnya. dan waktu waktu malam masa dah balik rumah, ada lah waktu kronik. aku tidur peluk botol air mineral. nak sedut air guna straw tak boleh, mulut aku sakit sangat sebab ada ulser. mula-mula aku check ada 5 biji ulser. tapi aku pelik sebab bahagian lidah, sakit dia sampai tahap aku nak keluarkan lidah pun seksa. rupanya ada 2 biji ulser lagi tersorok kat lidah. so jumlah ulser dalam mulut aku waktu tu ada 7 biji sekaligus. pecah rekod beb. seksa sangat walaupun dah ada Oral Aid.

Hari keempat kelima keenam  , hari paling seksa sepanjang aku dalam tempoh baik pulih sebab aku diserang demam juga. sepatutnya aku kena makan sehari 6 kali tapi aku cuma mampu 4 kali je. tu pun setiap kali makan, cuma 3,4 suap. bukan sebab aku tak mampu telan, tapi lebih pada aku tak boleh nak letak makanan dalam mulut sekalipun. paling ingat hari kelima tak silap. mak aku datang masuk bilik paksa makan buah pisang. dia dah cubitkan pun. aku letak kat lidah terus rasa nak menangis. dah sakit, aku tolak tak makan langsung.  terus tidur. perut aku lapar gila. tapi nak alas perut untuk sebab makan ubat pun tak mampu nak makan apa apa. aku rasa ada lah dalam 4 ke 5 kali trip makan ubat tanpa aku alas perut.

selain seksaan ulser, tekak kering waktu tidur pun satu lagi cabaran.(tapi sakitnya tekak kering sampai terbangun tidur tu jangan dibuat main ya. sakit tekak yang paling sakit tu. boleh tahap menangis kalau orang yang memang tak tahan. sebab tu aku tidur peluk botol air mineral 1.5 litre). waktu malam aku akan terjaga dalam 4 5 6 kali sebab nak telan air liur sendiri pun sakit sangat. so satu malam je aku boleh habiskan dekat satu botol air tu untuk minum dengan mata terpejam (bunyi hebat kan)


Hari ketujuh, alhamdulillah sangat aku bangun pagi tu ulser aku dah start rasa kebas-kebas (tanda nak baik) . so aku dah boleh makan. aku kan dah lama tak dapat nak makan, perut punya lapar jangan cakap. pagi tu pulak mak aku tak kerja, dia masakkan bihun. nafsu nak makan waktu tu bergelora sungguh. yelah, mulut dah tak berapa sakit kann. aku pun semangat lah makan. aku pusingkan bihun macam spagetthi guna garfu pastu aku makan dengan banyak nya haritu. dan aku dah mula nampak sinar sinar harapan aku dah nak pulih. sebab nya, masalah utama ulser aku dah baik. so aku tak ada masalah untuk makan sebab tekak yang dibedah cuma meragam waktu malam minta air sebab tekak kering.

tengahari tu , aku baring lah sebab nak rest. berbekalkan cuti lagi 1 hari nak habis, aku nak menikmati cuti aku dengan tenang sebelum dapat task - task project dari bos. dan tibah-tibahhhh ,

PENDARAHAN LEPAS PEMBEDAHAN 

' asal aku rasa air liur aku masin ni? sebab bihun sup tadi kot? tapi tak rasa bihun sup. aku rasa masin je ni. pelik '

dan selain rasa masin, rasa juga macam air suam mengalir kat tekak. aku terus capai ubat gargle (kumur) sebab aku rasa mungkin ni kahak yang terkumpul selama ni nak keluar. yes nak sihat dah kot.

aku kumur dan keluarlah selambak DARAH. ya darah. aku masukkan air banyak banyak dalam mulut, banyak jugaklah darah yang keluar balik. aku dah mula panik. aku panggil mak aku. tapi aku aku cool. mungkin sebab dia nurse jadi bagi dia tak ada apa nak dicemaskan. dia terus call hospital bahagian pakar ENT *dengan tenang. nurse bagi arahan melalui telefon, aku ikutkan.

" kumur dengan air ais. gargle slow slow dengan air ais sampai pendarahan berhenti. " aku ulang-ulang kumur air ais dan minum air sirap ais untuk hilangkan bau darah. tapi aku dapat rasa ada juga darah beku yang aku tertelan. darah tak beku jangan cakap, kembung dah perut tu minum. cehh.

*pengajaran untuk sirap ais : kalau boleh jangan lah minum air sirap sebab bila muntah tak dpt beza mana air mana darah. so aku rasa better minum air barli kordial ais tu .

bila darah dah stop, mak aku pun suruh rest dalam bilik. aku baring, memang tak rasa dah air liur masin. tapi aku rasa tekak aku geli geli macam ada jelly duk menari nari kat tekak. aku kawal pernafasan dan cuba untuk tak muntah. sebab bila aku bayangkan darah beku kat tekak tu, automatik aku loya.

 tapi, aku manusia biasa.

aku tak dapat menahan loya kat tekak tu dan , aku muntah. Muntah DARAH. macam cerita kena santau tu. aku muntah satu mangkuk darah yang aku sendiri pun geli nak tengok. tangan aku dah berlumuran darah juga. betul-betul feel macam drama melayu .

SILA SKIP KALAU GELI NAK TENGOK.

ni muntah darah aku , yang dah bercampur air sirap dan darah beku .
dan ini size mangkuk cuci tangan kenduri kahwin tu.


 dan tiba tiba juga mak aku yang cool waktu tadi, dah tak cool . dia lagi panik. terus packing baju masuk bag siap siap nak pergi kecemasan hospital. dengan hanya 15 minit , aku dengan mak aku dah bersiap pergi hospital. pecah rekod , prepare barang untuk travel paling laju kahhhhhhhh.

MINOR PROCEDURE UNTUK PENDARAHAN .

Dah siap pendaftaran semua, aku jumpa doktor ENT di hospital bp lagi sekali (tapi bukan doktor yang rawat aku mula-mula). doktor lelaki . garang juga .

" apa cerita ni?"

" throat saya bleeding doktor."

"kenapa?"

"makan bihun *ceh bihun disalahkan"

"yeke? berapa lama dah awak tak makan?"

deymmmmmmmm. nama pun doktor kan .

"dua hari doktor."

"sebab tu berdarah bila makan bihun."

aku angguk jelah memang salah aku pon tak makan haritu. tapi saya tak makan sebab ulser maha dahsyat sobsob.

" sekejap lagi saya nak buat minor procedure kat tempat pembedahan haritu. saya akan sedut dulu semua darah darah beku yang ada kat tekak awak ni, lepas tu saya akan letak satu kapas yang direndam dalam satu chemical. chemical ni akan bakar semula tempat pembedahan yang terbuka dan berdarah tu. so bila dia dah bakar, sepatutnya darah dah tak mengalir. tapi, kalau darah mengalir lagi memang tak ada cara lain, awak kena masuk semula operation theatre dan start all over again masalah untuk pantang (baca ; penyeksaan penyeksaan) sebelum ni. "

aku patient yang akur. aku iyakan lagi.

part yang menarik masa procedure, dia letak je kapas kat tekak aku, bunyi "sshhhrrrr" macam ayam kena bbq tu. tapi tak sakit maksima, sebab sebelum dia letak tu dia dah sembur dengan ubat kebas maha dahsyat aku pernah rasa seumur hidup. bila dah kena sembur, lidah sendiri pun kau tak rasa. telan air liur pun rasa nak terkeluar balik. tak reti aku nak ceritakan tapi korang kena rasa lah sekali seumur hidup hahaha .

KEHIDUPAN LEPAS MINOR PROCEDURE

malam pertama lepas procedure, tekak aku sangat tak selesa tapi tak sakit. rasa macam ada kuping kasar kat permukaan tekak. mungkin sebab kesan dia bakar daging tekak aku tadi. jadi beberapa kali aku ada juga rasa nak terbatuk tapi aku tahan sebab aku ngeri dan masih trauma kalau darah tersembur lagi. dengan itu, aku cuma minum air je setiap kali aku rasa tak selesa. rasa macam ada ikan bilis tersekat kat tekak pun ya juga ah tibehhhh.

alhamdulillah, lepas doktor buat procedure tu aku rasa aku sangat getting better. tekak aku pun dah tak sesakit sebelum ni cuma bila part nak telan air liur tu aku masih berhati hati. dah keesokan siangnya, rasa kuping kasar tu pun dah tak ada bila aku keep on makan dan makan. dua hari lepas procedure tu , aku masih tak boleh balik sebab doktor bimbang kalau tiba tiba berdarah lagi. masuk hari ketiga, aku dah rasa sihat dan doktor pun dah benarkan balik since darah pun dah tak ada, makan pun dah normal. demam pun dah kebah. aku dapat continue lagi cuti seminggu hehe.

KOS PERUBATAN 

untuk kos pembedahan kali pertama (disember 2019): 
aku tak ingat exact amount tapi lebih kurang RM57 plusminus . maksudnya tak sampai RM60 pun.

untuk kos minor procedure *masuk ward kali kedua (disember 2019) :
RM24 jurrr .

aku ada baca beberapa komen dibahagian blog, rata-rata yang buat pembedahan di hospital swasta kos nya lebih kurang RM7000 +  . beza kan RM57 dan RM7000 . tapi itu duit anda, anda yang tentukan. 


UBAT-UBATAN SEPANJANG TEMPOH UNTUK SEMBUH :


aku susun ikut hierarki ya.

1. Antibiotik - ni pihak hospital yang bekalkan jadi aku tak berani nak letak nama specific dan ikut je kata doktor. ubat ni kena habiskan juga dan makan sehari 3 kali sebiji.

2. Difflam gargle - ni pun pihak hospital bekalkan tapi aku rasa farmasi ada jual, cuma aku tak cari.  yang ni bagus waktu aku ulser peringkat tak berapa nak sakit, sebab dia membantu juga untuk kebaskan sikit sikit ulser tu sebelum aku nak makan selain fungsi utama dia memang untuk mouth rinse lah.

Image result for difflam gargle
image source : google


3. Paracetamol (regular panadol) - hospital bekalkan tapi PCM ni tak mampu hilangkan kesakitan tekak aku dalam waktu yang panjang dan lama. jadi mak cik aku (nurse jabatan ENT hospital swasta) bekalkan ubat tahan sakit yang lebih tinggi dari pcm ni, which is Mefenamic Acid. *boleh beli di farmasi



4. Mefenamic Acid - mak aku panggil ni abang paracetamol tu. kebanyakan waktu aku sakit tu memang aku bergantung pada mefenamic acid ni untuk hilangkan rasa pedih dan bisa tekak. tapi untuk makan ubat ni, sehari 3kali which is 8 jam untuk satu dos. dan ikut badan aku, ubat ni paling lama boleh tahankan sakit aku dalam 6 jam, 2 jam sebelum menunggu masa untuk next dose adalah satu bentuk penyiksaan juga. * boleh beli di farmasi

 


5. Difflam Forte Throat Spray - ni pun mak cik aku bekalkan . fungsi dia lebih pada untuk legakan dan kebaskan kawasan pembedahan tu dan lebih mudah sebab dia ada batang spray yang kau boleh spray direct pada tekak/kawasan dibedah.  kadang-kadang waktu malam aku terbangun sebab tekak perit walaupun dah minum air, aku akan spray ubat ni untuk tenang dan tidur semula. * boleh beli di farmasi

Image result for difflam solution
image source : google

6. Oral Aid - aku gunakan oral aid ni waktu terpaksa makan , aku titiskan direct pada ulser. sebenarnya tahap kebas dia boleh tahan kuat tapi rasa dia juga intense. agak banyak membantu bila nak makan. tapi bagi aku, dia cuma untuk pain relief untuk ulser. bukan untuk merawat sangat. *boleh beli di farmasi. dalam RM6 jurr





7. Trazesil Lozenges - aku mula -mula pun tak tahu apa fungsi mak aku belikan lozenges ni, tapi rupanya dia membantu aku waktu aku loya sebab menahan darah beku untuk terus keluar. mungkin sebab rasa grapes dan tak berapa berangin, jadi sedikit sebanyak lozenges ni bantu menyamankan aku. tapi aku tak suggest korang ambil lozenges strepsil yang bagi aku mungkin boleh tahan pedas dan kuat. atau lagi baik, minta nasihat doktor atau pharmacist.

Image result for travisil lozenges
image source : google
8. Hydrogen Peroxide - lepas aku buat minor procedure tu, baru hospital bekalkan aku ubat ni. basically apa yang aku google, hydrogen peroxide ni lebih pada antiseptic and mouth rinse untuk relieve minor mouth irritation.



MENU MAKANAN mungkin SESUAI 
(bagi pandangan aku lah. lebih baik minta pandangan doktor juga)

*yang penting soft, tak bergoreng, tak berminyak, tak pedas.

1. Aiskrim vanilla - ni memang general suggestion untuk pesakit tonsil. ni lah makanan pertama yang boleh masuk mulut lepas pembedahan selain air kosong.

2. Bubur - bubur Mc Donals is okay but for me kena request minta yang plain without pepper, minyak dan bawang goreng untuk makan hari pertama. 

3. Kuew Teow sup - for the next 2/3 days. sebab kuew teow ni texture dia lembut and licin. makan pula dengan sup. tak perlu kunyah banyak sangat.

4. Nasi Lembik + Sup Ayam/Ikan -  tapi kalau aku taak makan ayam pun, makannasi dengan sup je. kalau boleh makan tu baguslah kot. huhu

5. Yong Tau fu sup - yong tau fu yang aku maksudkan ni adalah jenis sup. bukan jenis cicah sos tu tau. ni kalau kau rasa kau dah boleh telan kasar sikit, boleh lah makan bebola bebola ikan dan sup yong tau fu tu.

6. Bubur Sumsum -  ikut pengalaman aku, aku berjaya makan yang bubur putih tu je. air gula yang manis tu, buatkan tekak aku rasa pedih. jadi, aku tak makan air gula tu.

7. Puding atau Jelly - nak lagi sedap, simpan dulu dalam fridge. ah !



so , aku rasa tu je aku nak share pengalaman masa aku operation tonsil. aku masih dalam fasa baik pulih (28 december 2019) , dan aku tak sabar nak rasa berbahagia dengan kehidupan tanpa tonsil yang triggered walaupun cuma pekena teh o limau ais waktu lunch tengahari. semoga membantu korang sedikit sebanyak :)

 Adios !