Pages


Jumaat, 9 Mac 2018

REVIEW ON PRODUCT : DNARS , BIO OIL , MEDERMA , BLACKMORES BIO E , BIO-ESSENCE , NANO WHITE , SIMPLE , ST IVES SCRUB ,

Assalamualaikum hi gais .

awkward pulak rasa sebab dah lama tak tulis blog. 
bila buka blog sendiri tadi, last entry tahun 2016. and now , march 2018. like, wowwww . dua tahun beb tak buka blog sendiri. kesian diorang yang bagi comment dah dekat setahun baru nak berbalas gamaknya. huhuhuhu maafkan dakuuuuu yang alpa ini.

kalau rasa nak baca terus article tetntang review on products , sila direct baca pada phrase yang saya highlightkan.

sebelum saya nak mebebel pasal review on products ni , izinkan saya meluahkan rasa selama setahun menghilang ni haha. bagilah can nak luah perasaan kan. blog ni tak ramai orang baca, jadi tak segan sangatlah nak meluah perasaan tu huhuuu . 

so, sekarang dah march 2018 bermakna juga dah 5 bulan saya berjaya mengharungi dunia architecture ni . sakit . perit. sekarang tengah praktikal untuk sem 6. ikutkah hati dari sem 3 haritu nak give up hahahaha tak tau lah minum ketum agaknya boleh bertahan sampai sem 6 ni muahahaha . taklah, motivation saya satu je, bayangkan perasaan masa convo nanti. mesti tu salah satu masa paling happy dalam hidup. tapi , baru sem 6. ada dua sem lagi. mungkin kena upgrade sikit dari minum ketum kena minum clorox pulak. bahabahbahabaha .

setiap kali orang tanya, best tak ambil architecture ? susah tak ambil architecture ? sumpah saya takkan boleh jawab terus. mesti terdiam senyum kejap baru jawab. "susah tu susah . best tu best. tapi.." skema ayat dia macam ni lah. lepas tu ayat sambungan tu bergantung pada emosi pada waktu nak menjawab tu. hahaha

orang tanya lagi , nak teruskan master architecure ? TIDAK TIDAK. cukuplah mimpi ngeri ni. azam nak sambung master tu ada tapi tidaklah sesekali pada bidang ni lagi haha punya lah trauma dengan kos ni. tsskkk . 

jadi conclusion nya , belasah jelah labuuuu. apa depan mata sekarang ni buat je sehabis baik. sebab kita tak tahu apa yg allah dah plan untuk kita. 

alright ! sambung pada tujuan .

REVIEW PRODUK YANG SAYA PERNAH PAKAI SELAMA NI . 

SEMUA NI HONEST REVIEW . mana elok saya cakap elok, mana tak elok saya cakap tak elok . cuma saya nak pesan awal-awal , TAK BERMAKNA KALAU PRODUK NI SESUAI DENGAN SAYA, PRODUK NI JUGA SESUAI DENGAN AWAK. dan sebaliknya. senang cerita , ni opinion saya. kalau nak tahu lebih accurate tentang keberkesanan sesuatu produk tu awak kena rajin-rajinkan diri cari entry blog lain. dengar pendapat blogger lain , fikir dulu , baru buat keputusan.

bila saya baca semua blog, even jumpa pharmacist atau staff dekat drugstore, diorang semua mesti bagi warning atau nasihat , sebelum kita cari atau beli product , make sure kita kena tahu apa jenis kulit kita sendiri (skin type) . 

ni link untuk tahu apa jenis kulit muka awak  :


buka tau, jangan malas !

btw , kulit saya jenis kering - normal , masalah liang pori besar dan ada dark spot.

darkspot bawah mata. tapi i tak risau sebab feeling feeling macam orang putih ada bintik bintik kat muka ahaks !
tengok muka sendiri dah macam bulan. sebab menggerutu ! hahaha
so lepas ni kalau orang puji muka macam bulan kena fikir 2,3 kali tu puji ke perli haha
dekat tajuk tu semua product yang saya pernah try and error . banyak kan. haha . tapi tu semua jenis untuk rawatan. saya tak kisah keluar duit dekat product penjagaan muka berbanding make up. serious tak tipu, alat make up saya cuma blusher pasar malam , bedak baby carry junior gambar baby gajah warna pink , dengan lip matte in2it .sebab bagi saya, kalau kulit sihat lebih penting berbanding make up menutup kulit yang tak sihat. tapi still, tak salah. sebab ada sebahagian daripada kita lebih pentingkan make up which can boost confidence and self-esteem . lebih baik , pentingkan dua dua !

sebenarnya kulit muka saya start breakout teruk masa spm. betul-betul tak berapa lama sebelum periksa SPM . sedih gila kot sebab gambar-gambar kenangan dengan kawan-kawan masa sebelum exam muka saya semua teruk.
( KAU JANGAN GELAK GAMBAR PRAMATANG AKU NI, AKU SUMPAH KAU JADI KATAK KANG HAHAHA )

Image may contain: one or more peopleImage may contain: 1 person Image may contain: 1 person, baby


Alhamdulillah , ni muka sekarang ada ciri ciri kematangan sikit. haha (nude face before pakai NANO WHITE . After a few weeks or month dah dapat result pakai nano white then i'll update )



actually kulit saya tak bermasalah teruk masa zaman sekolah. cuma keluar macam jerawat nasi kecik-kecil yang tak sakit tu. tapi, saya ada HABIT BURUK. habit saya, saya takleh tengok muka ada biji-biji kecil tu. tengok comel rasa geram je nak picit bagi dia kempis keluar nasi putih tu. so biji-biji tu start muncul je saya dah picit. mmg picit dengan kuku jari (kejam gila kan) haha. selagi tak keluar isi putih tu selagi tu saya tak puas hati. SO , bila dah lama lama muka tinggalkan parut. sebab kadang-kadang saya akan picit sampai luka dan melecet. yang jadi permasalahan saya sampai sekarang adalah bekas-bekas luka tu. jadi hitam tompok tompok tahi unta. huhuhuhu

Image may contain: 2 people, people standing, shoes and outdoor
ni muka masa form 2 (on the left) . suci suci lagi gitew . takde major problem cuma kesan parut picit kat dahi . 
so , saya listkan product yang pernah saya guna ikut ascending order start from the first yang saya guna .


 Bio oil , mederma , blackmores bio e , Dnars , simple skincare : hydrating light moisturizer , st. ives  face scrub, bio-essence , nano white .

BIO OIL .

Image result for bio oil

saya start pakai bio oil waktu lepas SPM. first product saya apply bila insecure tengok muka cam hantu ada tompok tompok (tulah masa tangan gatal picit picit dulu tak sedar diri) . waktu tu bio oil cam famous gak. pastu iklan dia kat tv style (iklan dia mcm takde kaitan dengan produk tapi ada style. betapa kuatnya pengaruh media massa hohohoho) so bila saya buat research , product ni untuk hilangkan kesan parut.

saya try pakai, lama juga. berbulan. bagi saya, bio oil cuma berkesan sampai tahap untuk PUDARKAN parut saja. dia tak berkesan untuk hilangkan parut sepenuhnya kat kulit muka saya. jadi, sebab saya ni bukan seorang penyabar , saya buat penyingkiran pada produk ni. lebih-lebih lagi , bau dia ya tuhan kuat gila ! tak tipu, bau dia wangi. tapi bagi saya wangi yang melampau. sampai nak tidur pun rasa tak selesa (since saya sensetive sikit dengan bau yang terlampu wangi) . so, percentage saya nak singkirkan bio oil ni makin tinggi. haha

MEDERMA .

Image result for mederma

lepas saya tinggalkan bio oil , saya still tak give up cari another product untuk hilangkan kesan parut. waktu tu juga ada iklan product hilangkan parut. (betapa terkesannya hidup aku dengan iklan tv ni haha) so after that pergi pharmacy , cari sendiri product ni. ok jumpa, mederma. masatu berharap gila produk ni berkesan.

saya start apllied. first thing saya ada bad impression, bila pakai kat tempat ada parut tu, gatal dia ya tuhan. rasa nak garu je tapi kena tahan. setiap kali pakai mesti rasa gatal. tapi kalau tengok pada kulit tak ada apa apa kesan pun. tak ada kulit merah ke, keluar biji-biji ke. so , cuba pakai untuk beberapa minggu. bilang buat perbandingan , macam tak ada kesan langsung. honestly , bio oil punya effect is better.

bila ingat balik , yang dekat iklan tu rupanya produk DERMATIX. yang aku pi beli tu MEDERMA. nampak tak akibat bodoh sombong tak tanya staff terus cari sendiri hahhahaahha. so , stop using this.

BLACKMORES BIO E .

Image result for vitamin e blackmores
disebabkan parut masih belum totally hilang , saya masih cari produk lain. (nampak tak , masalah besar betul parut ni) .

masa tu pergi pharmacy (real pharmacy , not drugstore macam watson or guardian) . jumpa pharmacist tu , bagi tahu dia apa masalah yg kita tengah hadapi. (sebab dah belajar jangan jadi bodoh sombong kan, kena lah berani tanya pharmacist tu. dia lebih pakar.) saya bagi tahu dia, saya ada masalah parut sebab dulu suka picit biji-biji tu. dia tengok , belek muka saya. pastu dia bagi saya sebotol Blackmores Bio E ni.

masa tu pelik juga sebab supplement ni dalam bentuk capsule macam minyak ikan tu haa. which i thought bentuk gel atau minyak macam bio oil atau mederma. at first ingat supplement ni kena makan. (kalau dia kata supplement ni kena makan untuk hilangkan parut, saya memang susah nak percaya sebab bagi saya tu bukan rawatan direct muahahahaaha) tapi RUPANYA , pharmacist tu ajar cara penggunaan , cucuk capsule tu dengan jarum kecil , lepas tu sapukan minyak tu dekat parut. dia kata, product ni based on vitamin E which helps a lot untuk hilangkan parut.

guess what , saya baru applied dua hari tapi kesan dia pudar banyak gila ! saya pakai mederma yang lama tu pun tak dapat kesan sebaik blackmores ni. tapi, satu kekurangan product ni, bau dia busuk teheeeeeee . serius. yelah sebab produk ni sepatutnya untuk makan, tapi pergi buat sapu kat muka mmanglah kena tahan bau dia. huu (mengada tadi wangi tak nak busuk taknak) .

saya mula stop lepas banyak perubahan kesan parut mula hilang. seban nya capsule tu dah habis. saya tak teruskan pakai sebab mahal bagi saya.

dapat 60 capsule harga dia rm66 . sehari saya pakai dalam dua capsule , so dalam a month boleh habis. (sebenarnya takdelah mahal mana tapi sebab masatu guna duit sendiri fikir nak beli cleanser and others product hehe ).

tapi, saya memang tak menyesal. and andaikata (minta dijauhkan) nanti muka saya breakout balik untuk bekas parut, for sure saya akan consume Blackmores ni !

DNARS .

Image result for dnars rohban

waktu tu tengah hot produk dnars. belum ada/banyak lagi bad review on this product. saya cuma tahu Dnars ni ada produk tiruan je. saya seorang yang tak berani untuk terus pakai product dari cakap-cakap orang. saya akan buat research sendiri and try to be natural. saya akan cari good review and bad review untuk sesuatu produk tu. after that, saya akan cari juga macam mana nak bezakan produk tiruan dengan produk original. 

so conclusion, produk original Dnars dia manufactured by ROHBAN TRADINGS. dekat setiap packaging dia ada tulis Rohban tradings. cuma satu jenis produk tiruan Dnars je yg pernah saya jumpa, iaitu manufactured by UMI TRADINGS . kalau orang yang tak tahu itu tiruan, memang confirm akan beli sebab packaging dia memang sama sebiji. so korang hati hati masa nak beli. (ni masa tahun 2014/2015) . so untuk update packaging tiruan 2018 ni saya tak tau lah macam mana.

ni HONEST REVIEW . saya berterima kasih banyak pada DNARS . sebab , muka saya boleh dikatakan pulih sepenuhnya waktu saya pakai DNARS. saya pakai consistent , tak sampai sebulan dalam tiga minggu , parut hitam saya hampir totally hilang (85-90 %). masa tu saya beli satu set dalam RM60 . apa yang saya tahu, produk yang hilangkan bekas hitam tu adalah KRIM KUNYIT dan KRIM MALAM . so, lepas satu set tu habis, saya consistent kan pakai krim kunyit dan krim malam sahaja.
lepas saya agak dah berpuas hati, saya memang totally stop using dnars.

saya stop sebab bagi saya , product tu saya pakai untuk pulihkan apa yang teruk. once dah pulih, saya akan stop pakai sebab takut chemical substances yg berlebihan boleh bagi effect lain kat kulit kita.

dan , HONESTLY , lepas saya stop pakai, kulit muka saya normal je, tak ada apa apa kesan buruk macam yang terjadi dengan review sekarang. kebanyakan review on local product, muka diorang terus jadi masalah besar lepas stop pakai product tu. which means, that product contains mercury atau other chemical substances.

tapi tetap saya nak ingatkan, mungkin kulit saya tak ada effect sebab dnars tu sendiri sesuai dengan muka saya. atau mungkin juga Allah nak ingatkan saya jangan taksub sangat , nanti dia tarik balik nikmat baru padan muka kau ! haha

SIMPLE SKINCARE ; HYDRATING LIGHT MOISTURIZER .

Image result for simple skincare

so lepas pakai dnars, seriously saya tak applied apa-apa product kecuali cleanser je. tu pun cleaser safi biasa. ( bagi saya cleaser tu penting. selain boleh hilangkan ngantuk masa pagi pagi nak pergi kelas basuh muka , cleanser ni pun penting lepas pakai make up ; even bedak or basic safi cream tu) jadi , saya jalani masa masa di universiti tanpa apa -apa produk muka haha . sampailah satu tahap tu saya baru perasan yang kulit saya mula ada masalah kulit kering. (masalah ni sampai sekarang). terutama bahagian tepi hidung. sebab hidung saya ada whitehead , so bila muka kering area tu akan jadi mengelupas atau bila pakai bedak ada kuping putih. huduhnya rasa kalau pakai cream atau bedak masa kulit kering.

so saya nak settlekan problem , saya cari product untuk moisturizing. pergi watson, tanya staff dia recommend this product ; Simple Skincare : Hydrating Light Moisturizer . saya tahu product ni bagus sebab dia made from natural things and takde chemical substances which is bau dia pun awak dah boleh tau ada chemical ke tak. bau dia, BUSUK HAHAHAHAH . sebab tu juga lah saya tak teruskan miahaha . saya tak boleh betul pengaruh bau kat produk muka ni, bila applied kat muka bau kat hidung tu tak hilang, rimas nya rasa. haha so bila rasa waktu nak pakai bedak tu kulit mengelupas, baru saya pakai. kalau tak , memang letak tepi. last-last saya tengok botol ni dah kat dalam cabinet akak saya ahah .

ST. IVES

Image result for st ives scrub

selama ni saya cuma pakai cleanser muka yang biasa. lepas habis cleanser tu , saya terasa macam nak pakai cleasnser yang jenis  scrub lepas perasan housemate saya , Aliah , guna St. Ives S

crub .

well as usual, saya try buat research on this product and guess what. this is the best scrub product in america ! memang tak citer banyak , terus grab haha. and so far saya still puas hati dgn product ni. usually scrubs product direction dia cuma gunakan 1 atau 2 kali seminggu. tapi St. Ives ni perlu gunakan 1 atau 2 kali sehari. so ni meyakinkan saya yg product ni chemical dia bagus sebab boleh buat daily uses.

everytime lepas balik kerja/pakai make up, memang akan cuci muka guna this product. sebab bila cuci ada biji-biji kasar tu , rasa macam dia bersihkan kotoran muka sampai dalam liang pori. huuu

BIO-ESSENCE : HYDRA TRI-ACTION

Related image

after applied product simple , lama saya stop semula tak pakai apa apa product selain cleanser scrub tu. but masalah kulit kering tu still ada. so everytime saya nak pakai bedak atau basic cream tu saya perlu spray aloe vera gel dulu. nak elak ada kuping putih.

so saya fikir perlu buat tindakan. hahaha.

then pergi watson , jumpa staff dia. dia suggest bio-essence bila tengok sendiri kulit muka saya kering. (sebab masatu promoter bio-essence je yang ada, for sure lah dia promote product dia kan haha) . at first dia suggest saya beli sebotol moisturizer and sebotol toner. but saya takut nak labur duit kat product ni (since product ni pun boleh tahan pricey) . so  , saya buat decision beli trial pack dulu , RM 21. tapi waktu ni saya silap, tak buat research dulu terus beli. (pakai sekali je pastu nak letgo dah. nasib baik trial pack hhaaha)

then masa tu promoter ni nampak muka saya ada dark spot. nasihat dia , pakai sunblock .

dah balik rumah baru tengok review orang , dan , hampir semua entry yg saya baca tak recommend this product. bukan sebab dia bagi kesan buruk, tapi kesan dia lambat sikit.  maybe bagus untuk orang yang percaya konsep "biar lambat asal selamat' tapi saya punya konsep " cepat dan selamat" hahaha .

so terus buat decision cari a few review and pergi watson lain , cari staff kat situ.

NANO WHITE

Image result for nano white

so now , im using this product. but saya pun ada add on others Sun Block Nano White (untuk prevent darkspot. serum untuk hilangkan dark spot tak beli sebab budget tak cukup lagi. mahai nakk sebotoi RM48 tak silap). saya ada ambil gambar sebelum start pakai this product and saya nak tunggu hasilnya after a few weeks atau a month then insyallah i will update anything about this product !

update : 10 march 2018

so harini kira dah satu hari pakai nano white packaging atas ni. (saya bukan nak putih tapi promoter watson tu bagi saya set ni bila saya bagi tahu masalah kulit kering saya since dalam package ni ada gel-moisturizer )

waktu bangun pagi bila saya sentuh muka rasa kulit muka lembab dan anjal gitew . mungkin ini effect pakai gel-moisturizer sebelum tidur malam tadi.

setakat ni saya pakai ada minor problem je. rasa pedih sikittt je masa pakai moisturizer. tapi percentage risau saya tak banyak sebab masa saya pakai Dnars dulu rasa pedih dia lagi kerap dan kuat. tapi alhamdulillah takde apa apa kesan kat kulit muka.


OVERALL CONCLUSION :

LOCAL PRODUCT

kalau boleh elakkan pakai local product . walau pun saya bagi good review on Dnars tadi , tapi saya risau pula dengan bad review product local sekarang makin menjadi jadi. mungkin lebih banyak product tiruan atau banyak produk local baru yg ada kandungan mercury. kebanyakan situasinya , waktu consume produk tu memang perubahan wajah ketara. putih licin jerawat hilang. once awak berhenti atau dah lama sangat pakai , muka awak akan breakout teruk gila. ni realiti apa yang saya nampak depan mata saya sendiri.

nak selamat , beli dekat drugstore ( watson , guardian , etc) or pharmacy . then tanya pendapat staff atau promoter berkenaan masalah kulit awak dan minta dia yang suggest. ingat, jangan jadi bodoh sombong ! tanya je apa apa soalan pada yang pakar. (tapi hati-hati juga dgn promoter yang semata nak promot barang jualan dia)
 lagi satu, kalau beli dekat drugstore or pharmacy tu , if anything happen awak boleh buat aduan dan mesti akan ada feedback. klau beli local produk kat kedai jamu ke apa , memang tak lah dia nak layan aduan tu sebab orang kedai tu sendiri bertindak sebagai pembekal je. melainkan product awak tu ada own boutique .

DARK SPOT ( BINTIK HITAM )

pakai sunblock untuk prevent masalah dark spot ni akan datang. tapi kalau dah ada dark spot tu, sunblock tak membantu nak hilangkan. melainkan pakai serum. dark spot ni kalau dibiarkan nanti masa tua dia jadi lagi jelas.

SUNBLOCK

sunblock tu kalau kita bukan jenis kerja outdoor atau selalu direct kena cahaya matahari , elok pakai yang SPF 50 sahaja. memang betul makin tinggi SPF (SPF 150 ETC) makin dia prevent from UV ray , but masalah dia akan tersumbat dalam pori-pori kita. then kat situ lah boleh timbulnya masalah keluar jerawat nasi putih putih. untuk settlekan problem ni kena pakai cleanser yang jenis scrub.

after that, sunblock ni bukan untuk pakai bila kita keluar rumah je. bila kita dalam rumah waktu malam pun still kena apply sebab ada cahaya lampu.

MASALAH PORI TERBUKA

sebelum ni saya tak pernah ambil tahu apa cara untuk minimize kan saiz pori muka saya. sampailah saya pernah terbaca thread kat twitter rupanya function toner ni adalah untuk kurangkan saiz pori. BUT , toner dia takkan hilangkan terus pori tu. dia cuba bantu untuk kecilkan saja.

selain tu, tips untuk sapukan ais dekat muka pun salah satu cara untuk kurangkan saiz pori terbuka.

MOISTURIZER

info ni pun say abaru tahu baru-baru ni. kalau muka awak jenis berminyak atau awak sendiri tak selesa kalau muka berminyak, elakkan pakai apa apa product yang based on cream. so far bio-essence and nano white yang saya beli tu moisturizer dia bukan based on cream but - GEL MOISTURIZER .

tadi promoter nano white buat testimoni bila pkaia moisturizer jenis cream dengan gel , kalau yang krim kita dah sapu kat tangan dia ada kesan berkilat minyak. tapi masa dia sapu gel-moisturizer nano white tu, dia takde kesan berkilat langsung. which is gel tu dia macam air , terus serap dalam kulit kita dan muka pun tak rasa rimas berminyak, tapi rasa fresh !