Pages


Sabtu, 23 April 2016

FAKULTI ALAM BINA PUNCAK ALAM - KOLEJ BAIDURI



Assalamualaikum *jeling jam , 0259 hrs .

so , post kali ni saya nak update tetang kehidupan baru kat UiTM Kampus Puncak Alam . ( perhatian 1: kemungkinan entry ni agak panjang disebabkan suntikan semangat berkobar kobar selepas ditegur oleh kak sophie al yahya di ruang komen muahahaha ) 

perhatian 2 : kalau rasa anak tekak tu kembang mual dah tengok intro panjang berjela skip je cecepat. 

first of all , tujuan saya buat entry ni untuk bantu atau kongsi cara kehidupan (buat masa ni) pada awak awak yang akan duduk sini nanti ) pada siapa yang tak duduk sini tapi saja nak datang melawat ke pancing ikan dalam tasik pun boleh je hoho ) .


kuning : kolej zamru (lelaki)
hijau : kolej baiduri (perempuan)


dulu masa kat UiTM Shah Alam , fakulti saya telah di-register-kan namanya sebagai FSPU ( Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur ) . tapi bila dah masuk UiTM Puncak Alam ni , fakulti ni dah jadi Fakulti Alam Bina . bagi penilitian saya ( bermakna bukan fakta ) nama fakulti ni diubah sebab bangunan FSPU digabungkan sebelah sebelah macam menara bekembar petronas tu dengan fakulti FSSR ( Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka ). saya masih tak tahu bila penggunaan FSPU dan FSSR akan digunakan waktu sepatutnya .


sumber gambar : google .
pemandangan fakulti .


fyi , Fakulti Alam Bina memang betul betul dekat dengan Kolej Baiduri dan Kolej Zamrud. tak payah kata jalan kaki, kau jerit je nama sendiri dari tingkap kolej insyaallah pakwe kat kawasan fakulti boleh dengar dah. kalau ada penghuni kolej baiduri dan zamrud yang mengeluh ke tak puas hati sebab katanya kolej ni jauh dengan fakulti, bagi je tempeleng sebijik kat orang yang kufur nikmat ni hahaha . astaghfirullahalazim . 

okay then , so far alhamdulillah tenang tenang saja hidup kat sini ( jangan percaya. tipu ni huhu ) . sebenarnya agak banyak juga masalah bila jadi orang pertama yang survive kat tempat baru ni. tapi disebabkan taknak kena tuduhan sendiri (kufur nikmat) jadi kita tunjuk je kesyukuran haha

tapi, for sure lah setiap perkara tu banyak pros and cotras . kan ?

okay baiklah . selalunya kalau saya dapat berita baik dan buruk, aku nak dengar cerita yang buruk dulu. sebab sekurang2 nya ada possibilities yang kurang untuk su'ul khotimah (pengakhiran yang buruk) *matiterkejut.

jadi , apa kekurangannya (buat masa ini. mohon jangan kecam. ambil yang positif untuk tingkatkan lagi kualiti ya . uitm dihatiku )  kat UiTM Puncak Alam ni ? 

1. PENGGUNAAN MASA STUDIO 8.am - 11. pm





ruang dalam studio




-tak silap saya, semua pelajar Alam Bina yang dipindahkan dari shah alam ke puncak alam ni adalah studio base .

 isu masa studio ni bagi aku selalu je jadi topik hangat studiomates bila dah pindah sini (agaknya lah). sebabnya, masa kat Shah Alam dulu kami dah 'dimanjakan' dengan masa penggunaan 24 jam . jadi waktu makan , tidur , buat task project , juga bermain play station - hampir keseluruhannya dihabiskan dalam studio . sampai ada studiomates saya dulu yang bawa satu beg baju terus ke studio dan dia tak duduk kat kolej pun untuk jangka masa yang agak lama. studio's life katanya . tapi since dah duduk puncak alam , hampir semua juga kena renjatan electrik. ek renjatan budaya hahaaaaaa .

waktu awal minggu masuk sini , had penggunaan waktu nya lebih 'sadis' . studio cuma boleh digunakan sekitar 8 a.m sehingga 6 p.m sahaja . tapi hasil perbincangan pihak bertanggungjawab akhirnya dapat juga 'nego' dengan pihak pentadbiran untuk longgarkan masa penggunaan , 8. am - 11. pm

kalau nak list down apa yang tak puashati ttg masa ni mmg panjang tak habis. tapi sebenarnya tu semua bersebab. kan? tapi takpa. kita skip masalah lain

2. PENGGUNAAN FASILITI TERHAD

- beberapa tempat yang dahulunya di shah alam dipercumakan tapi perlu disewa di puncak alam ni. contoh seperti tapak dataran. ini agak menyukarkan pihak pelajar yang ingin membuat sebarang bentuk aktiviti.

selain tu, mungkin juga untuk menjimatkan kos penggunaan elektrik (mungkin) , kebanyakan sumber eletrik dicuba untuk dijimatkan seboleh mungkin. seperti lampu di court futsal. selalunya waktu malam lampu tidak dibuka. dan ini agak menyukarkan pergerakan aktiviti pelajar, termasuk yang baru berlaku tadi , saya dan kumpulan Handball untuk Kokurikulum tak dapat nak buat aktiviti koko. dah beberapa minggu perjumpaan koko dibatalkan disebabkan tiada lampu di court. pensyarah kami yang dari shah alam sudah sampai di simpang untuk masuk ke kampus puncak alam terpaksa berpatah balik.



'

3. TIADA LOKASI KEDAI ART / SENI berdekatan


- sudah nama pun kos senibina dan bergabung lagi dengan fakulti seni halus dan seni reka , tentu saja kami teramat memerlukan kedai bahan seni sebagai sumber hasil kerja kami. 

kat shah alam dulu, kos seni ni dah lama 'membesar' . jadi kedai kedai art juga dah lama bertapak. jadi tak ada masalah untuk beli barang since kedudukan kedai art dan kampus terlalu dekat. jalan kaki je dok pi beli . tapi di sini ada juga kedai stationary cuma , tak selengkap kedai art. kedai art dan kedai stationary lain. jadi nak tak nak kami perlu menyewa kereta dan pergi ke shah alam hampir setiap minggu untuk dapatkan bahan project.

saya pasti nanti akan membangun juga sebuah dua kedai art di sini. dan harapnya waktu tu kalian dah masuk sini jd tak perlulan kalian susah payah macam kami insyaallah huu.

4. Fakulti Alam Bina terasing dari fakulti lain

- untuk pengetahuan korang, fakulti alam bina ni terasing satu je paling hujung antara fakulti fakulti yang ada di puncak alam ni. kurang pasti pula saya sebabnya. jadi perkara macam ni juga buatkan kami jauh dari kemudahan yang ada. contohnya kedudukan PK ( pusat kesihatan) dan atm ( tapi dengar cerita nanti nak buat atm bank islam di fakulti alam bina insyaallah) dan beberapa lagi. 

yang lebih kesian, ada sebahagian dari studiomates kami ditempatkan di kolej Casuarina. serius, kolej ni amat jauh dari fakulti alam bina. jalan kaki memang no way lah haha. saya tak terbayang pun akan sejauh tu.

5. Dan Lain lain . 

yang lain lain tu korang masuklah sini dulu baru dapat nilai sendiri mana yang korang rasa contras .

but then , for sure lah banyak juga baiknya kat sini.

1. Fasiliti Baru dan Ceria
pemandangan dari bilik saya , baiduri 1 tingkat 8.
lapang je kepala tengok luar :)

dah nama pun tempat baru kan hakak hakak. haruslah semua baru. takkan bangunan je baru tapi meja kerusi recycle. ye dak ? huhu . alhamdulillah, bila fasiliti baru semua cantik cantik. yang lagi menariknya, diorang gunakan konsep more to "fun" . 

lagi baguih sebab kebanyakan konsep modern sekarang dia more to formal mean banyak gunakan color coklat , kelabu haa centu. tapi kat sini dia gunakan konsep modern dan ceria . kerusi cafe warna warni , kerusi studio comel comel , tengok color kolej pun tahu da betapa bewarna warni nya kolej kat sini. saya suka !

2. Landskap Sedap Mata Memandang

fakulti alam bina ni dikelilingi dengan pokok dan tumbuh tumbuhan hijau, ada tasik  buatan kat tengah , ada track jogging , ada beberapa kemudahan exercise, banyak lagi lah. senang kata konsep pembinaan dia lebih macam bandar yang ceria dalam taman hutan . haa camtu lah . pastu siap ada jambatan kecil comel molek je .


ruang lobi kolej baiduri 1 tingkat 8


3. Mini Mart

memang betul kedudukan fakulti dan kampus ni agak dalam ceruk, dan disebabkan itu sudah tentu ada mini mart untuk kemudahan pelajar dapatkan bekalan harian. bagi saya mart tu hampir complete barangnya , sebab setiap kali ada pelajar nak beli barang , dan barang tu tak ada, dia terus catitkan dalam buku supaya nanti dia boleh beli dan jual semula di kedai. setakat shampoo sikat cermin berus baju tu apa lah sangat kan ? petik jari je , cari sendiri kat mart tu hoho . 

sebelah kedai runcit tu ada juga kedai stationary yang saya beritahu. kalau setakat nak beli pen pensil board berus waterclolor dan beberapa barang asas lukisan tu ada, jangan risau. 

baru baru ni pun baru buka kedai photostat. Dia boleh print sampai size a2 je rasanya (buatmasa ni lah). Tp jangan risau, kalau nak print size a1 ke a0 , ada juga disediakan bilik plotter dalam kawasan fakulti. Sederet dgn bilik pensyarah bahagian paling bawah.. haa camtulah. 

semua yang saya sebutkan tadi ada bawa bangunan budisiswa

kitaorang selalu beli aiskrim malaysia 50 sen sebatang kat mini mart tu. comel je rasa macam balik zaman bebudak huhu .

4. Makanan di Cafe


ruang dalam cafe 'outdoor'


cafe kat sini terbahagi pada dua. satu yang dalam air-cond ala ala tempat pizza gitu . satu lagi more to outdoor. kalau yang aircond tu ada sediakan masakan panas bermula jam 5ptg sampai 11 mlm. kalau yang outdoor, untuk makanan panas selalunya cuma ada yang ringkas2 seperti burger, nugget etc. tapi makanan berlauk masih lagi disediakan. dihidangkan secara buffet dan pepandai kau ler nak isi sendiri kan.

5. Dan lain lain 

Hihi .


tiap hujung minggu kitaorang tak pernah lah nak duk diam dalam kolej. Mesti akan keluar juga. kalau setakat nak beli barang keperluan ke kitaorang akan pergi ke Tesco. Berdekatan sini ada tesco . Ataupun econsave. Tapi kalau nak keluar breakfast ke dobi ke atau klinik ada kat area saujana utama. Dalam tu pun banyak mamak walaupun tak sebanyak shah alam huhuuuuuu . 

But then kalau nak hangout lepak lepak selalunya pergi ke SCM Setia City Mall . Boleh lalu shah alam , jauh tapi jalan okay . Atau jalan meru . Dekat tapi jalan teruk sikit. But last week baru je first time pergi Klang Parade. Quite nice ! Tak ramai orang tapi macam macam ada. Ada karaoke wayang boat noodles. 
bahagian belakang kolej, rumah warden 

Faham keadaan students takde transport semua kan . Ada yang sanggup naik bas tu saya puji banyak banyak. Tapi saya jenis tak sanggup sikit (mengada je kan ) so selalunya saya akan sewa kereta. Selalunya saya sewa kat kak zaiton. Akak ni duk kat saujana utama. Nanti dia akan hantar kereta kat kolej awak. Range harga separuh hari rm70 dah full day rm90 untuk myvi . Ni number dia 0172003402 .

Kat puncak alam ni ada disediakan court futsal , court bola jaring , court tennis , dan padang bola sepak. Kadang kadang waktu petang ada orang naik basikal keliling tasik. Comel je tengok hiks . 

Rasanya panjang jugak dah bercerita ni kan . Ada apa apa soalan tanya je kat ruang komen. Insyaallah ada masa nanti saya jawabkan.
















Jumaat, 22 April 2016

good luck temuduga senibina 2016 !

Assalamualaikum ,

Goodluck kepada korang semua yang pergi interview Sarjana Muda sains Senibina UiTM 2016 !

Selawat banyak banyak.
Dapat ke tak tu belakang kira , yang penting pengalaman ditemuduga tu . Kalau dapat tahniah alhamdulillah , tak dapat tak apa . Mungkin belum rezeki atau Allah tenpatkan kamu pada jalan yang lebih baik.

So then ,
Semoga berjaya !