Assalamualaikum , gais !
hihi. lama bak hang tak tulis blog. dan Terimalah !! POST PERTAMA (setelah semua entry diprivate) hahahaha *ketawa kejam. eleh, macamlah bunyi kejam sangat padahal takde orang kisah pun kan :p
okay guys, sempena first entry ni ( setelah entry lain di set as draft ) , meh sini saya ajar cara buat Popcorn Homemade & Handmade ! ala-ala Garrett tau .
yang bestnya popcorn homemade ni, dah lah sedap, rangup , rasa caramel (bukan gula kosong ! ) dan yang paling penting dijamin halal ..
okay, let's go bebeh .
first at all, bahan-bahan yang perlu ada :
untuk popcorn yang belum disalut caramel :-
- biji jagung kering ( 1 genggam )
- butter ( 3 sudu besar )
|
hah ni dia rupa biji jagung kering . masa tu aku beli kat Aeon Big . murah je . lebih kurang RM2 sepacket. dalam sepacket dapat dalam 3,4 genggam . (sumber : google)
untuk Caramel :-
- butter ( 3-4 sudu besar )
- gula pasir ( 1/2 cawan *ikut tekak masing-masing. kalau rasa suka manis, tambah lagi )
- essen vanilla ( aku guna essen vanilla butter , bau dia lagi sedap )
- garam ( kalau guna unsalted butter. aku guna butter cup, masinnya tak berapa kuat. jadi kalau ada yang suka masin-masin tu, boleh tambah sendiri )
cara memasak popcorn (masak popcorn? cam pelik bunyinya haha) :
- cairkan butter dalam periuk (periuk tau , jangan kuali) dan pastikan periuk tu ada tutupnya ! kalau tak dapur korang turun salji popcorn huhu .
- tak perlu tunggu butter cair tu sampai panas, terus je letak biji jagung yang dah dibasuh bersih tu. (cara aku jelah sebab aku takut bila aku letak je biji tu terus meletup walaupun tak sebenarnya *imagination )
-tak perlu tunggu lama, terus tutup periuk . pastikan api paling kecil , sekecil kecilnya sebab takut hangus. jadi kita guna konsep biar lambat asal selamat .
-nanti, korang akan dengar bunyi letup-letup kecil . comel je bunyi dia. macam bunyi mercun pop-pop huahua (masaa ni, jangan buka tutup periuk . AMARAN KERAS ni )
- tadaaaaaaaa ! percaya tak sekarang ni awak dapat hasilkan popcorn ?!
cara membuat Caramel :
- cairkan butter dalam kuali (lebih senang nak ratakan caramel pada popcorn nanti) .
-letakkan gula dan esen vanilla lebih kurang 1 sudu teh/kecil .
-api jangan buka besar sebab gula cepat masak. nanti takut hangus. biar buka api kecil, yang penting kena sabar .. sentiasa kacau utk elakkan hangus. kalau rasa gula tak cukup banyak, jangan tambah air ye. nanti popcorn lemau. tambah je gula lagi atau butter .
-bila gula dah betul cair, maknanya tiada lagi kristal2 gula,terus masukkan popcorn kosong tadi dan kasi gaul sama dia ! (bila kau dah ada pengalaman nak ratakan caramel ni, baru kau tahu kan betapa rasa bersalahnya sebab dulu2 selalu kutuk2 ngomel2 kenapa gula kat popcorn tak rata .rasakan.. haha )
- dan , taddaa taddaaaa ! dah siap :) boleh masuk tupperware, makan sambil layan buletin utama :p
selamat mencuba !
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan