Pages


Sabtu, 28 Disember 2019

PENGALAMAN PEMBEDAHAN TONSIL (TONSILLECTOMY AND ADENOIDECTOMY)

Assalamualaikum and hi gaesss .

Hari ini ( 28 december 2019 ) adalah hari yang ke-10 selepas aku selesai buat pembedahan tonsil pada umur 22 tahun . So basically, aku kongsi pengalaman pembedahan tonsil ni untuk aku sebagai orang dewasa lah, bukan pengalaman kanak-kanak.

CONTENT POST NI  * boleh lompat pada topik yang di highlight :

* BACKGROUND
* SEBELUM PEMBEDAHAN
* PETANG SEHARI SEBELUM PEMBEDAHAN (17 DECEMBER 2019)
* PAGI PEMBEDAHAN (18 DECEMBER 2019)
* SELEPAS SELESAI PEMBEDAHAN
* HARI - HARI SELEPAS PEMBEDAHAN (hari pertama - hari ketujuh)
* PENDARAHAN LEPAS PEMBEDAHAN 
* MINOR PROCEDURE UNTUK PENDARAHAN .
* KOS PEMBEDAHAN DAN RAWATAN (hospital kerajaan)
* UBAT-UBATAN SEPANJANG TEMPOH UNTUK SEMBUH 
* MENU MAKANAN mungkin SESUAI 

BACKGROUND

Background sikit before start , sebenarnya aku dinasihatkan doktor untuk buang tonsil ni since aku darjah 3 lagi (tahun 2006) tapi waktu tu mama aku suruh hold dulu since dia nak try cara berubat dengan supplement atau mungkin bagi dia operation tu mengerikan jadi dia tak nak tengok aku kena operate masa kecil lagi. tapi , makin meningkat tahun sebenarnya tonsil aku ni sedikit sebanyak memang mengganggu quality of life aku. contohnya , aku kuat berdengkur (kuat siot - so hasilnya tidur tak nyenyak dan aku selalu tersedar waktu tidur sebab tiba tiba tak boleh bernafas)  dan senang sangat kena serang demam. dan punca aku demam tu kadang-kadang benda remeh je, contohnya, aku minum teh o ais kat cafe masa lunch , pun dah boleh triggered tonsil aku untuk bengkak dan kemudian berjangkit sakit tekak, demam, migraine, selsema, lesu  and so on.

Sampai satu tahap waktu aku kat universiti masa semester 7 tak silap (tahun 2018), aku kena demam teruk. Selalunya kalau aku demam memang aku tak pergi klinik sebab dah selalu sangat demam , tapi waktu tu memang teruk, aku pergi klinik kat area rumah sewa aku. bila doktor check, cam biasaa "eh tonsil awak besar ni, saya buat surat awak terus refer pada doktor kat universiti awak ya (UiTM)? sebab kalau awak direct from UiTM awak boleh dapat charge lebih murah dan proses lebih cepat bila jumpa pakar nanti." . aku ikutkan je. 

long story short , aku di refer pada pakar Hospital UiTM Sungai Buloh. dan itu lah first time aku baru tahu yang tonsil ni ada stage 1 , 2 , 3 , 4 . and tonsil aku waktu tu pada grade 3 . (based on yang aku faham, grade tonsil ni bermaksud size bengkak tonsil yang tutup ruang udara kat bahagian throat tu. *correct me if im wrong . dan sejak kes aku direfer pada specialist , aku dah kena terima kenyataan yang tak lama lagi aku kena buat keputusan sendiri sama ada nak cut off tonsil ni atau teruskan lagi hidup dengan demam dan dibekalkan antibiotik setiap kali jumpa doctor sebab demam + tonsil triggered .

SEBELUM PEMBEDAHAN 

Akhirnya aku buat keputusan untuk buat pembedahan tonsil ni kat Hospital Batu Pahat (Hospital kerajaan *nanti aku beritahu kos pembedahan sekali) since aku pun dah habis belajar dan aku nak mak aku yang jagakan aku , so kita buatlah kat hometown.

mulanya, hospital beritahu appointment aku dengan Doktor Bius pada 23 december 2019 dan operation aku pada 8 Januari 2020 . aku okay je since waktu tu aku tak ada apa apa event terdekat. tiba-tiba lagi dua minggu sebelum appointment jumpa doktor bius, hospital telefon beritahu yang tarikh aku operation tu ada kerja penyelenggaraan kat bilik bedah tu, jadi dia minta izin anjak kan tarikh pada pertengahan bulan 4 , 2020. tapi aku tak berapa setuju sebab hujung bulan 5, 2020 aku dah nak kahwin dah. dibuatnya lepas operation aku tak boleh cakap lagi sampai kahwin, habis lah. haha . then, dia kata kalau macam tu terpaksa turn awak bulan 9 nanti. mak aii lamanya . im officially a wifeee dah masa tu. sedih sebab ingat nak mama fully jaga kan masa berpantang tapi tu je pilihan yang ada. aku akur jelah.

jeng jeng. masa 17 december haritu , hospital call lagi. ni dialog dia.

" masturah, awak buat operation esok nak 18 december? esok operation theatre ada kosong. kalau tak nak esok, bulan 9, 2020. kalau nak , terus pack baju petang ni boleh terus masuk ward " .

dah lah masa tu tak tidur dua hari siapkan project bos, dekat mall pulak tu tengah tunggu nak meeting dengan bos , ternganga aku. haha . aku call mama, mama kata buat je, lagi cepat lagi bagus. sekarang pun takda apa apa sangat. so aku minta confirmation bos (nasib baik bos aku jenis understanding sangat), terus pack baju , pukul 3 petang terus pergi hospital.

PETANG SEHARI SEBELUM PEMBEDAHAN (17 DECEMBER 2019)

Sebelum aku masuk ward, doktor recheck dulu berat aku , suhu , dan keadaan tonsil aku. sebab kalau aku demam waktu tu, immediately aku tak boleh operate haritu. sebab memang procedure pembedahan pun kan, kalau kau ada demam kau terus tak boleh buat pembedahan. and guess what masa doktor check tonsil aku tu,

" eh sekarang tonsil awak dah grade 1 ni. susah nak buat operation macam ni sebab kecik , kita susah nak keluarkan dia"

ah sudah. habistu macam mana ni.

"saya dah call pakar, dia kata takpe proceed je, tapi saya nak tahu bila last tonsil awak triggered?"

"2 weeks before (*masa ni aku tak demam tp tonsil bengkak sebab minum air sirap ais je beybeh)"

"hah? alamak. 2 weeks ya.. okay takpe, 2 weeks insyaallah boleh sebab kira ngam ngam tempoh minimum untuk recovery. tapi saya dapat rasakan susah nak buat awak punya ni. "

doktor pakar ENT (Ear Nose and Throat) pun datang jenguk aku petang tu. dia tanya aku macam ni.

"awak sure nak buang tonsil ni? dalam tempoh nak pulih tu tempoh paling sakit tau. dan tak ada cara lain untuk sembuh selain awak kena paksa makan jugak. sebab bila awak makan hari-hari, makanan tu menghakis lapisan tissue mati yang dah dilaser. kalau awak lama tak makan, nanti tissue tu tebal. once awak makan semula, tissue tanggal dan boleh jadi pendarahan. pendarahan tu paling kita nak elak sebab kalau tak awak kena buat operation kali kedua."

ok doktor. saya ikut je. saya dah admit ward siap sign segala perjanjian pun, takkan saya nak kata tak nak tiba tiba pulak doktor hurhuhrur

Masa ni aku rasa pengalaman aku admit hospital paling best , rasa macam tengah holiday pun ada haha. sebab, aku dapat masuk bangunan hospital yang baru dan cantik , aku tak rasa demam atau tak sihat , aku makan dengan bahagia, cuma pakai baju hospital dan ada tapak drip air kat tangan. kiri aku ada patient suspect appendix, depan aku ada nenek yang dah berusia dan tak sihat, jadi waktu tu aku lah patient paling sihat dan berselera makan apa saja.

nilah muka holiday kat ward tu hiks


before maghrib doktor bius datang brief pada aku apa procedure dia akan lakukan esok. dia akan masukkan ubat tidur lalu drip tangan and poofff aku akan hilang zzzzz . dan dia kata kalau nak makan , makan siap siap sampai pukul 2 pagi and minum air kosong  5 pagi je lepas tu kena puasa sebab turn aku operation esok pukul 8.00 pagi hamekaw . so malam tu aku suruh je mak ayah dengan adik aku balik sebab kalau tak diorang kena tidur atas kerusi. kesian pulak. so aku tidur lah sorang malam tu. ceh tipu je mana ada sorang, ada je 2,3 orang patient lain hehe.

PAGI PEMBEDAHAN (18 DECEMBER 2019)

Aku dah terbangun pukul 5 pagi sebab buat alarm last minum air kosong. lepastu ingat nak sambung tidur (betapa tak ingat kematiannya masturah ni) tapi teringat pulak mak aku kata malam tu zikir banyak2 ingat mati sebab tak tau lepas masuk ubat tidur tu kita bangun lagi ke tidur terus (dia punya deep tu , zuppp naik sampai atas) , terussss pagi tu antara pagi yang subuh aku paling awal. tak azan lagi aku dah gosok gigi dalam toilet ambil wudhu' siap siap. tu lah manusia kan, lagha je selalu. dah tahu nak mati baru nak ingat tuhan.

pukul 7.15 pagi tu mak aku dengan ayah aku dah datang. nurse pun dah suruh tukar baju operation. nurse kata, bukak semua. s.e.m.u.a . pakai sehelai sekeping baju bedah tu je. lepas tu, nurse suruh aku naik atas stretcher, dia sorong aku sampai operation theatre. masa tu jantung dah dupdap gak. aku dah terbayang nak masuk bilik bedah macam cerita korea Dr Stranger tu phew tinggi angan angan. aku siap bayangkan nurse and doctor masuk bilik bedah bukak pintu pakai tekan kat lutut je (*yang tengok cerita korea tahu lah hahaha) rupanya di malaysia tidak lagi yaaaa anak anak. masih manual menggunakan telapak tangan untuk buka pintu hehe. sebelum masuk bilik OT (operation theatre) aku byebye mama ayah , tak tau lepas operate jumpa lagi ke tidak. tapi aku tenang, takde air mata pun. sebab aku memang macam tu, im a cool kid okay.

dah tiba masa, doktor bius pun dah ada. nurse dah pakai kan wayar wayar kat dada leher. aku tahu procedurenya nanti dia masukkan tiub kat paru paru lalu mulut untuk balance kan pernafasan waktu aku tak sedar nanti. doktor bius dah tekapkan oxygen mask kat mulut.

" selawat, zikir. kemudian awak mengucap ya, kejap lagi saya masukkan ubat tidur dalam drip awak"

aku mengucap, aku sedar dia cucuk satu liquid dekat iv drip aku , aku ingat nak kira sampai sepuluh sebelum tertidur rupanya baru 3 saat dah tidur dah. salah aku yang memang kuat tidur , atau memang ubat tidur tu se-efisien begitu sekali - entah dan ZZzzzzz .

SELEPAS SELESAI PEMBEDAHAN

aku buka mata, nampak kipas. dengar orang berbual tapi tak boleh respon dan aku dapat recognised yang ni bukan ward aku. tapi aku ngantuk amat sangat jadi aku pejam mata balik je, then aku rasa ada orang tepuk slow ,

"adik bangun, kejap lagi kita nak hantar adik masuk ward ya." aku angguk je, dia suruh aku angkat badan tukar katil pun aku rasa tu lah perasaan paling malas aku pernah rasa. tahap mengantuk bius ubat tidur tu, nak angkat punggung pun malas. literally !

sampai ward aku nampak jam dinding dalam pukul 11. aku tidur balik walaupun aku dah nampak mak dengan ayah aku kat sebelah, tapi memang takleh buat apa. aku buat bodoh dan sambung tidur je. betul betul pemalas sangat rasanya masatu.

Bangun tidur pukul 2 petang , aku nak air. aku minum tapi surprisingly aku tak rasa sakit tekak. cuma tak selesa. aku rasa tekak bengkak .

dan selain tu, tepi mulut aku ada kesan melecet sikit. mungkin sebab mulut kecil, dia ngangakan bagi luas atau banyak sangat equipment pembedahan yang masuk mulut. ada rasa pedih melecet jelah.

ni kesan melecet tepi mulut. sebenarnya tak sakit sangat pun.
tapi bila nak buka mulut untuk makan tu, agak mengganggu emosi jugaklah kadang-kadang.


 so aku tak kisah, aku minum air kosong je. lepas tu mak aku suapkan aiskrim vanilla. lega sebab rasa sejuk tapi masih tak sakit. waktu tu aku fikir macam ni
"oh takdelah sakit mana. baca kat blog macam sakit betul. alhamdulillah lahhhh"

HARI - HARI SELEPAS PEMBEDAHAN (hari pertama - hari ketujuh)

rupanya itu cuma fantasi untuk separuh hari je ya kawan kawan. sebab ubat bius tak hilang lagi LOLLLSS hahahahhaa .

Hari pertama lepas operation yang aku rasa indah tu, dah jadi tragedi masuk hari kedua. hari kedua aku dah start rasa tak selesa kat lidah, pipi, bibir sekali. rupanya , mulut aku kena ulser. aku lupa yang aku memang everymonth kena ulser, so aku patutnya alert yang lepas procedure pembedahan mestilah kena ulser dengan lagi senang sebab banyak wayar dan besi dan masuk mulut kann. tapi aku rileks lagi sebab sakitnya masih boleh handle hujung kuku aagitchu. Dan aku dah dibenarkan balik lah masuk hari keempat aku kat hospital tu.

lepas pembedahan tu, hari pertama dan kedua aku masih boleh cakap atau bunyi jugalah suku kata tu. masuk hari ketiga, mulut aku dah tak nak bercakap. cuma keluar "huu" "haa" je. nak apa apa pun aku tunjuk tunjuk je. sebab aku dah mula rasa sakit kawasan tekak , keliling mulut. macam kena beguk juga rasa sakitnya. dan waktu waktu malam masa dah balik rumah, ada lah waktu kronik. aku tidur peluk botol air mineral. nak sedut air guna straw tak boleh, mulut aku sakit sangat sebab ada ulser. mula-mula aku check ada 5 biji ulser. tapi aku pelik sebab bahagian lidah, sakit dia sampai tahap aku nak keluarkan lidah pun seksa. rupanya ada 2 biji ulser lagi tersorok kat lidah. so jumlah ulser dalam mulut aku waktu tu ada 7 biji sekaligus. pecah rekod beb. seksa sangat walaupun dah ada Oral Aid.

Hari keempat kelima keenam  , hari paling seksa sepanjang aku dalam tempoh baik pulih sebab aku diserang demam juga. sepatutnya aku kena makan sehari 6 kali tapi aku cuma mampu 4 kali je. tu pun setiap kali makan, cuma 3,4 suap. bukan sebab aku tak mampu telan, tapi lebih pada aku tak boleh nak letak makanan dalam mulut sekalipun. paling ingat hari kelima tak silap. mak aku datang masuk bilik paksa makan buah pisang. dia dah cubitkan pun. aku letak kat lidah terus rasa nak menangis. dah sakit, aku tolak tak makan langsung.  terus tidur. perut aku lapar gila. tapi nak alas perut untuk sebab makan ubat pun tak mampu nak makan apa apa. aku rasa ada lah dalam 4 ke 5 kali trip makan ubat tanpa aku alas perut.

selain seksaan ulser, tekak kering waktu tidur pun satu lagi cabaran.(tapi sakitnya tekak kering sampai terbangun tidur tu jangan dibuat main ya. sakit tekak yang paling sakit tu. boleh tahap menangis kalau orang yang memang tak tahan. sebab tu aku tidur peluk botol air mineral 1.5 litre). waktu malam aku akan terjaga dalam 4 5 6 kali sebab nak telan air liur sendiri pun sakit sangat. so satu malam je aku boleh habiskan dekat satu botol air tu untuk minum dengan mata terpejam (bunyi hebat kan)


Hari ketujuh, alhamdulillah sangat aku bangun pagi tu ulser aku dah start rasa kebas-kebas (tanda nak baik) . so aku dah boleh makan. aku kan dah lama tak dapat nak makan, perut punya lapar jangan cakap. pagi tu pulak mak aku tak kerja, dia masakkan bihun. nafsu nak makan waktu tu bergelora sungguh. yelah, mulut dah tak berapa sakit kann. aku pun semangat lah makan. aku pusingkan bihun macam spagetthi guna garfu pastu aku makan dengan banyak nya haritu. dan aku dah mula nampak sinar sinar harapan aku dah nak pulih. sebab nya, masalah utama ulser aku dah baik. so aku tak ada masalah untuk makan sebab tekak yang dibedah cuma meragam waktu malam minta air sebab tekak kering.

tengahari tu , aku baring lah sebab nak rest. berbekalkan cuti lagi 1 hari nak habis, aku nak menikmati cuti aku dengan tenang sebelum dapat task - task project dari bos. dan tibah-tibahhhh ,

PENDARAHAN LEPAS PEMBEDAHAN 

' asal aku rasa air liur aku masin ni? sebab bihun sup tadi kot? tapi tak rasa bihun sup. aku rasa masin je ni. pelik '

dan selain rasa masin, rasa juga macam air suam mengalir kat tekak. aku terus capai ubat gargle (kumur) sebab aku rasa mungkin ni kahak yang terkumpul selama ni nak keluar. yes nak sihat dah kot.

aku kumur dan keluarlah selambak DARAH. ya darah. aku masukkan air banyak banyak dalam mulut, banyak jugaklah darah yang keluar balik. aku dah mula panik. aku panggil mak aku. tapi aku aku cool. mungkin sebab dia nurse jadi bagi dia tak ada apa nak dicemaskan. dia terus call hospital bahagian pakar ENT *dengan tenang. nurse bagi arahan melalui telefon, aku ikutkan.

" kumur dengan air ais. gargle slow slow dengan air ais sampai pendarahan berhenti. " aku ulang-ulang kumur air ais dan minum air sirap ais untuk hilangkan bau darah. tapi aku dapat rasa ada juga darah beku yang aku tertelan. darah tak beku jangan cakap, kembung dah perut tu minum. cehh.

*pengajaran untuk sirap ais : kalau boleh jangan lah minum air sirap sebab bila muntah tak dpt beza mana air mana darah. so aku rasa better minum air barli kordial ais tu .

bila darah dah stop, mak aku pun suruh rest dalam bilik. aku baring, memang tak rasa dah air liur masin. tapi aku rasa tekak aku geli geli macam ada jelly duk menari nari kat tekak. aku kawal pernafasan dan cuba untuk tak muntah. sebab bila aku bayangkan darah beku kat tekak tu, automatik aku loya.

 tapi, aku manusia biasa.

aku tak dapat menahan loya kat tekak tu dan , aku muntah. Muntah DARAH. macam cerita kena santau tu. aku muntah satu mangkuk darah yang aku sendiri pun geli nak tengok. tangan aku dah berlumuran darah juga. betul-betul feel macam drama melayu .

SILA SKIP KALAU GELI NAK TENGOK.

ni muntah darah aku , yang dah bercampur air sirap dan darah beku .
dan ini size mangkuk cuci tangan kenduri kahwin tu.


 dan tiba tiba juga mak aku yang cool waktu tadi, dah tak cool . dia lagi panik. terus packing baju masuk bag siap siap nak pergi kecemasan hospital. dengan hanya 15 minit , aku dengan mak aku dah bersiap pergi hospital. pecah rekod , prepare barang untuk travel paling laju kahhhhhhhh.

MINOR PROCEDURE UNTUK PENDARAHAN .

Dah siap pendaftaran semua, aku jumpa doktor ENT di hospital bp lagi sekali (tapi bukan doktor yang rawat aku mula-mula). doktor lelaki . garang juga .

" apa cerita ni?"

" throat saya bleeding doktor."

"kenapa?"

"makan bihun *ceh bihun disalahkan"

"yeke? berapa lama dah awak tak makan?"

deymmmmmmmm. nama pun doktor kan .

"dua hari doktor."

"sebab tu berdarah bila makan bihun."

aku angguk jelah memang salah aku pon tak makan haritu. tapi saya tak makan sebab ulser maha dahsyat sobsob.

" sekejap lagi saya nak buat minor procedure kat tempat pembedahan haritu. saya akan sedut dulu semua darah darah beku yang ada kat tekak awak ni, lepas tu saya akan letak satu kapas yang direndam dalam satu chemical. chemical ni akan bakar semula tempat pembedahan yang terbuka dan berdarah tu. so bila dia dah bakar, sepatutnya darah dah tak mengalir. tapi, kalau darah mengalir lagi memang tak ada cara lain, awak kena masuk semula operation theatre dan start all over again masalah untuk pantang (baca ; penyeksaan penyeksaan) sebelum ni. "

aku patient yang akur. aku iyakan lagi.

part yang menarik masa procedure, dia letak je kapas kat tekak aku, bunyi "sshhhrrrr" macam ayam kena bbq tu. tapi tak sakit maksima, sebab sebelum dia letak tu dia dah sembur dengan ubat kebas maha dahsyat aku pernah rasa seumur hidup. bila dah kena sembur, lidah sendiri pun kau tak rasa. telan air liur pun rasa nak terkeluar balik. tak reti aku nak ceritakan tapi korang kena rasa lah sekali seumur hidup hahaha .

KEHIDUPAN LEPAS MINOR PROCEDURE

malam pertama lepas procedure, tekak aku sangat tak selesa tapi tak sakit. rasa macam ada kuping kasar kat permukaan tekak. mungkin sebab kesan dia bakar daging tekak aku tadi. jadi beberapa kali aku ada juga rasa nak terbatuk tapi aku tahan sebab aku ngeri dan masih trauma kalau darah tersembur lagi. dengan itu, aku cuma minum air je setiap kali aku rasa tak selesa. rasa macam ada ikan bilis tersekat kat tekak pun ya juga ah tibehhhh.

alhamdulillah, lepas doktor buat procedure tu aku rasa aku sangat getting better. tekak aku pun dah tak sesakit sebelum ni cuma bila part nak telan air liur tu aku masih berhati hati. dah keesokan siangnya, rasa kuping kasar tu pun dah tak ada bila aku keep on makan dan makan. dua hari lepas procedure tu , aku masih tak boleh balik sebab doktor bimbang kalau tiba tiba berdarah lagi. masuk hari ketiga, aku dah rasa sihat dan doktor pun dah benarkan balik since darah pun dah tak ada, makan pun dah normal. demam pun dah kebah. aku dapat continue lagi cuti seminggu hehe.

KOS PERUBATAN 

untuk kos pembedahan kali pertama (disember 2019): 
aku tak ingat exact amount tapi lebih kurang RM57 plusminus . maksudnya tak sampai RM60 pun.

untuk kos minor procedure *masuk ward kali kedua (disember 2019) :
RM24 jurrr .

aku ada baca beberapa komen dibahagian blog, rata-rata yang buat pembedahan di hospital swasta kos nya lebih kurang RM7000 +  . beza kan RM57 dan RM7000 . tapi itu duit anda, anda yang tentukan. 


UBAT-UBATAN SEPANJANG TEMPOH UNTUK SEMBUH :


aku susun ikut hierarki ya.

1. Antibiotik - ni pihak hospital yang bekalkan jadi aku tak berani nak letak nama specific dan ikut je kata doktor. ubat ni kena habiskan juga dan makan sehari 3 kali sebiji.

2. Difflam gargle - ni pun pihak hospital bekalkan tapi aku rasa farmasi ada jual, cuma aku tak cari.  yang ni bagus waktu aku ulser peringkat tak berapa nak sakit, sebab dia membantu juga untuk kebaskan sikit sikit ulser tu sebelum aku nak makan selain fungsi utama dia memang untuk mouth rinse lah.

Image result for difflam gargle
image source : google


3. Paracetamol (regular panadol) - hospital bekalkan tapi PCM ni tak mampu hilangkan kesakitan tekak aku dalam waktu yang panjang dan lama. jadi mak cik aku (nurse jabatan ENT hospital swasta) bekalkan ubat tahan sakit yang lebih tinggi dari pcm ni, which is Mefenamic Acid. *boleh beli di farmasi



4. Mefenamic Acid - mak aku panggil ni abang paracetamol tu. kebanyakan waktu aku sakit tu memang aku bergantung pada mefenamic acid ni untuk hilangkan rasa pedih dan bisa tekak. tapi untuk makan ubat ni, sehari 3kali which is 8 jam untuk satu dos. dan ikut badan aku, ubat ni paling lama boleh tahankan sakit aku dalam 6 jam, 2 jam sebelum menunggu masa untuk next dose adalah satu bentuk penyiksaan juga. * boleh beli di farmasi

 


5. Difflam Forte Throat Spray - ni pun mak cik aku bekalkan . fungsi dia lebih pada untuk legakan dan kebaskan kawasan pembedahan tu dan lebih mudah sebab dia ada batang spray yang kau boleh spray direct pada tekak/kawasan dibedah.  kadang-kadang waktu malam aku terbangun sebab tekak perit walaupun dah minum air, aku akan spray ubat ni untuk tenang dan tidur semula. * boleh beli di farmasi

Image result for difflam solution
image source : google

6. Oral Aid - aku gunakan oral aid ni waktu terpaksa makan , aku titiskan direct pada ulser. sebenarnya tahap kebas dia boleh tahan kuat tapi rasa dia juga intense. agak banyak membantu bila nak makan. tapi bagi aku, dia cuma untuk pain relief untuk ulser. bukan untuk merawat sangat. *boleh beli di farmasi. dalam RM6 jurr





7. Trazesil Lozenges - aku mula -mula pun tak tahu apa fungsi mak aku belikan lozenges ni, tapi rupanya dia membantu aku waktu aku loya sebab menahan darah beku untuk terus keluar. mungkin sebab rasa grapes dan tak berapa berangin, jadi sedikit sebanyak lozenges ni bantu menyamankan aku. tapi aku tak suggest korang ambil lozenges strepsil yang bagi aku mungkin boleh tahan pedas dan kuat. atau lagi baik, minta nasihat doktor atau pharmacist.

Image result for travisil lozenges
image source : google
8. Hydrogen Peroxide - lepas aku buat minor procedure tu, baru hospital bekalkan aku ubat ni. basically apa yang aku google, hydrogen peroxide ni lebih pada antiseptic and mouth rinse untuk relieve minor mouth irritation.



MENU MAKANAN mungkin SESUAI 
(bagi pandangan aku lah. lebih baik minta pandangan doktor juga)

*yang penting soft, tak bergoreng, tak berminyak, tak pedas.

1. Aiskrim vanilla - ni memang general suggestion untuk pesakit tonsil. ni lah makanan pertama yang boleh masuk mulut lepas pembedahan selain air kosong.

2. Bubur - bubur Mc Donals is okay but for me kena request minta yang plain without pepper, minyak dan bawang goreng untuk makan hari pertama. 

3. Kuew Teow sup - for the next 2/3 days. sebab kuew teow ni texture dia lembut and licin. makan pula dengan sup. tak perlu kunyah banyak sangat.

4. Nasi Lembik + Sup Ayam/Ikan -  tapi kalau aku taak makan ayam pun, makannasi dengan sup je. kalau boleh makan tu baguslah kot. huhu

5. Yong Tau fu sup - yong tau fu yang aku maksudkan ni adalah jenis sup. bukan jenis cicah sos tu tau. ni kalau kau rasa kau dah boleh telan kasar sikit, boleh lah makan bebola bebola ikan dan sup yong tau fu tu.

6. Bubur Sumsum -  ikut pengalaman aku, aku berjaya makan yang bubur putih tu je. air gula yang manis tu, buatkan tekak aku rasa pedih. jadi, aku tak makan air gula tu.

7. Puding atau Jelly - nak lagi sedap, simpan dulu dalam fridge. ah !



so , aku rasa tu je aku nak share pengalaman masa aku operation tonsil. aku masih dalam fasa baik pulih (28 december 2019) , dan aku tak sabar nak rasa berbahagia dengan kehidupan tanpa tonsil yang triggered walaupun cuma pekena teh o limau ais waktu lunch tengahari. semoga membantu korang sedikit sebanyak :)

 Adios !




76 ulasan:

  1. Thank youuuuuuu...sngt membantu

    BalasPadam
  2. Sy br lepas opret tonsil.. Dh 10 hr.. Selain tonsil dia opret lelangit n bnyk jahitan n dh 10 hr juga sy x mkn apa2 sbb klu mkn akn tsangkut kt pnjahit tu... X selesa.. Semalam sy batuk n kluar darah beku.. Tp sy dpt hnti kn dgn kumur2 air sejuk dlm peti ais.. Skrg nk mkn jd mcm takut pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhh..lagi 2weeks saya akan operate tonsil n lelangit.. haih..seram laa plak..any advice for me to survive?

      Padam
    2. Nak tanya kos pembedahan di hospital kerajaan berapa ye untuk seseorang yang tidak memiliki apa2 insurans

      Padam
    3. Sy operation 17/1/2024 bil hosp HTJ kerajaan hnya rm7 . 3hr warded.

      Padam
  3. Hari ni saya akan buat operation tonsil plak... Doakan Saya.. 😅

    Cuma kali ni ada tambahan covid test

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam Mana...awak dah operate tonsil ?

      Padam
    2. Alhamdulillah... xda lah seteruk yg diimagine.... haha... tulah awal2, macam susah sikit nak makan. apa apa pun, menu wajib aiskrim vanilla... 😅😅

      Padam
    3. Berapa kos ? Kerajaan ke?

      Padam
  4. hari ni hari ke 4 saya lepas operation tonsil ni..sama juga,saya tahap ke 3.Operation di kpj dan kos dlm 6k. Ubat dr bagi cuma antibiotik,ubat tahan sakit dan panadol..pergh.sakit siot..hari ni part yang kena buang tu dah memutih. Aku mkn bubur nasi hari2,dah juga sekali skali mkan aiskrim,puding dan abc..hari yg sakit adalah 48 jam lepas operation..dan paling sakit bagi aku adalah ketika menelan air liur..pergh..sakit yabv teramat..tq atas perkongsian. Aku mmg ada stock difflam semua tu,cuma x pakai lagi..hari ni baru start pakai semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Srsly 6k ? quite cheap ! Ingatkan around 20k sebab oernah baca seorang patient sebelum ni di pantai specialist

      Padam
    2. Hai hospital mana yang 6 k tu? Sebab tengah survey jugak harga hospital swasta

      Padam
    3. Saya baru lepas buat procedure remove tonsil. Cost semua sekali rm8.9k di KPJ Damansara under dr. Ridzo.

      Padam
  5. 18/08/2020...Hari keempat pembedahan...nak makan minum teramat susah..pedih... perit... Tadi batuk...tiba2 keluar darah... Pastu amik air Batu..masuk dalam mulut...nasib baik dia stop sendiri.. dah bimbang kalau pendarahan...
    Kos rawatan Kat HSNZ RM53 sahaja...dibekalkan ubat tahan sakit, paracetamol, antibiotics, ubat kumur difflam tu... Pastu aku beli sendri yg difflam spray tu... Sekarang Ni aku duk Google citer pasal tonsil je..😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah 2 Bulan lebih operation...tapi sakit kat sebelah kanan Masih sakit lagi....Rasa sampai kat Dalam telinga..minum air suam lagi okay Dari minum ..minuman sejuk... minuman sejuk atau makanan Manis...makin Rasa sakit .

      Padam
  6. Hari ke lima selepas pembedahan.. perghhh masih sakit seksa lagi nk menelan walaupun airliur... Dh stress ni..brapa lama lg ye mcm ni..lapa buat lebih stress.. huhuhuhu..knapa painkillers mcm xde function pulak.. kt hospital ok je selesa lepas masuk ubat painkillers. Hari ketiga keatas mmg satu penyeksaan

    BalasPadam
  7. Sy br lepas bedah tonsil di KPJ Damansara 28 Ogos 2020. Now hari ke 6. Ubat painkiller xbrape kuat. Doktor bg jnis panadol tu. Cuma rsau asyik batuk2 skg n bile bersin amatla mnakutkn. Kos ksluruhan pmbedahan 10.5k

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...apa kaedah yg digunakan semasa pembedahan tu...

      Padam
  8. Nk buang tonsil.. Dh xkje tkot cost byk. My mom xbgi buang. Dok risau plk.. Sbb mcm da effect ggi je tonsil ni.. Artu ada bleeding kluar dri throat.50/50 nk buang or tak.. Klo buang kne cabut gigi sbb ggi dh effect sbb tonsil ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. awk dah operate ke belum..?

      Padam
    2. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan awak

      Padam
  9. Dah 2 Bulan lebih operation...tapi sakit kat sebelah kanan Masih sakit lagi....Rasa sampai kat Dalam telinga..minum air suam lagi okay Dari minum ..minuman sejuk... minuman sejuk atau makanan Manis...makin Rasa sakit .

    BalasPadam
  10. Saya nak buang tonsil ini menganggu saya tidur...nak telan air liur pon susah mlm kalu tdow nafas pon kdang2 susah.tidur mesti berdengkur kuat..1 blah kiri dah besar belah kanan baru nak jdi besar.saya kena sebab keturunan bapak dan kak Sya dah kena..bapak Sya pecah sndri 1 minggu juga xmkan.kalu kak Sya lazer...tpi Sya takut nak buat pembedahan...ada cara lain x selain bedah...kalau saya beli ubat kat farmasi ok x...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy bru nak fkir buang tonsil.. mcm ni jgk.. seblh knan mbsr. tpi xda rsa skit pape.. cm rsa mcm ada sesuatu sangkut kat lher

      Padam
    2. Laser berapa harga dan kt mana dgr semingu je cepat sembuh betul ke

      Padam
  11. Assalamualaikum Masturah.
    10 tahun lepas,saya telah dimasukkan ke ruangan kuning bahagian kecemasan krn masalah keradangan tonsil. Saya langsung tak boleh makan selama 2 hari krn sakut di bahagian tekak yg teramat sangat.nak telan air liur pun terasa perit,pedih dan sengsara.
    Saya ditahan di dlm bilik kecemasan tu selama 6 jam sahaja.saya juga hanya diberi satu suntikan bagi meredakan radang tonsil tersebut.muka saya juga mengalami bengkak disebabkan radang tonsil itu. Alhamdulillah,selepas 2 hari,sakit di bahagian tekak semakin reda dan saya sudah boleh mula makan seperti biasa(tapi dlm kuantiti yg sedikit).
    Tapi tanpa diduga,setelah 10 tahun berlalu,sakit tonsil itu datang semula pada waktu tengah malam.saya mengalami kesukaran utk tidur krn terlalu sering berulang alik ke tandas utk membuang air kecil.
    Kerana dah terlalu penat bangun berulang alik ke tandas,akhirnya saya tertidur juga.tapi lena tidur saya tidak bertahan lama krn tekak saya tiba tiba berasa sakit dan terlalu perit dan pedih utk saya menelan air liur. Setelah sehari setengah menanggung sakit,akhirnya saya pergi ke klinik swasta utk mendapatkan rawatan. Doktor tersebut menyuruh saya pergi membuat janji temu di klinik kerajaan supaya doktor di klinik kerajaan mengeluarkan klinik utk dibawa ke hospital kerajaan.
    Kata doktor di klinik swasta itu,tonsil saya dah berada di tahap 4 dan boleh pecah pada bila bila masa sahaja.
    Sekarang saya tengah menunggu janji temu dgn doktor di klinik kerajaan.
    Setalah saya membaca pengalaman semua pesakit tonsil yg dah menjalani pembedahan,saya jadi terlalu takut utk menjalani pembedahan krn memikirkan kesakitan yg dialami selepas pembedahan dilakukn. Apatahlagi,saya juga memikirkan tanggungjawab saya sebagai ibu kpd 2 cahaya mata dan tggjwb saya sbg mama kpd 11 anak bulus saya.

    BalasPadam
  12. I baru je operation tonsil tapi pakej dgn sinus sekali. Allah je tahu seksanyaa hidung sumbat 24hrs bleeding boleh bernafas ikut mulut je. Puncanya i warded 2 weeks ago sbb dmm. Dmm i selalu triggered dari sinus n tonsil. Tapi sbb nk baik, i buat jugak. Ni hari ke 2 operation harap2 everything okay. 💜

    BalasPadam
  13. Salam nk tnya. Lepas operate tu kan mulut terkoyak so kesan parut koyak tu kekal ka?

    BalasPadam
  14. Saya baru dua Hari operations tonsil ..sakit Tu jgn ckp.harap2 takde pendarahan..serius takut sgt..doakan saya CPT sembuh.

    BalasPadam
  15. Mostly yg penah bt clp akan sakit...biasa sakot lps operate tu berapa lama br ok ye? Sakitnya tu pedih masa twlan air liur dgn mkn/minum ke? Biasa berapa hari lps operate br normal dan ok? Sbb tgh fikir nak bt operation ke tak tonsil yg kene sejak dr kecik lg x buang2 asyik on off bengkak😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak nak buang tonsil ke.. sma lh sy pn bru nak bfkr.. tk ada rsa apa2 cumanyatonsil mbsr belah kanan. dan rsa mcm ada geli2 sangkut kat tekak

      Padam
  16. Hari ni husband I operate tonsil.. selain tonsil ad masaalah lain saluran pernafasan dy bermasalah.. alhamdulillah lege sikit dah kluar dr wad icu. Mlm ni terus masok wad biasa. Doakn la husband I cepat sembuh. ☺️

    BalasPadam
  17. Hari ni hari ke 6 lepas operate tonsil dan sinus...telinga pun sakit juga xpasti kenapa masa check doktor dah bersihkan taik telinga sekali..mkn kentang lenyek kfc pun ok kalo lapar sgt.

    BalasPadam
  18. Hari ni hari ke 14 selepas operate tonsil... Ternak tonsil tu dari tahun 2013.. sebab da tak tahan every month sakit tu yg decided buang tonsil.. at first takut gak la nk buang.. sbb org cakap sakit lepas operation.. alhamdulillah, mungkin bahgian saya. Tak terlalu sakit spt saudara saudari hadapi.. doktor pun ckp jarang nk jumpa pesakit yg mcm saya..maksud saya sepanjang proses pembedahan tonsil, saya tidak mengalami pendarahan yg banyak.. sedikit sahaja pendarahan nye.. seleaps 7 hari operate saya mengalami pendarahan jugak..tp tak serius.. telan air sejuk n ais krim..bangun pg settle.. kering..hehehe..saya tanya dalam tempoh 2 minggu selepas operation ni korang ada rasa biji tak bila telan air liur.. ?

    BalasPadam
  19. Hai.. Sy baru discaj wad hari ni..buang tonsil, adenoid dan jahitan pd lelangit.. So far sy xda masalah utk makan.. Cuma nk tahu apa perubahan yg awak nampak selepas pembedahan semua ni.. Kesan baik@buruk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, sy baru discaj wad semalam lepas operate tonsil n lelangit, ..hari ni hari ke 4 lepas operate,.. so far, pd bahagian tonsil n lelangit x sakit pun, tp kahak byk sgt n lidah sakit sgt.. berdenyut denyut lidah,.. awk pun rasa mcm ni jgk ke?? Ad tips apa² dak utk hilangkan sakit lidah n kahak ni?

      Padam
  20. Boleh sye tahu Tak ,,persediaan or barang apa yg perlu bawak dri rumah klau kena than wad

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum... Nk tnya sye pun pnhidap tonsil.. Tp x mmpu la nk oprte kt hospital swasta,mcm mne cra untk kita oprte kt hospital kerajaan ye

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga pesakit gastrik kronik (gerd)yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam
  23. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam
  24. After operate tu boleh tak tahu apa kesan sampingan nya? Ada perubahan yang menuju ke positif@negatif?? Plsss

    BalasPadam
  25. i dh operate last wed. stage 3 buang both tonsil. buat dekat kpj sabah since transfer from gomen to kpj. so freeee la kiranyaa. skrg rasa sakit kepala, sakit telinga. nak guan earphone sakit gila. tak boleh la nak bau2 apa2 pewangi ni rasa peningggg je. kadang rasa mcm berkahak pun ada juga. ha skrg ni rsa mcm ada tulang ikan sangkut dekat tekak. pdahal tak makan ikan pun 🤭 dh nak seminggu ni, makan roti sekepingg pun kenyang ye 🤣

    BalasPadam
  26. Saya Pon Bulan Lepas Buat Pembedahan Buang Tonsil Stage 4 (Saiz Makin Mmbesar)... Kisah N Jalan Cerita Hampir Sama.. Mmg Azab.. Rasa Menyesal Gak Buat Oprate Buang Tonsil 😅.. Hilang Nikmat Deria Rasa... Xtahu bila Nk Pulih Sepenuhnya... Sebulan Dah M.c Hospital Bagi.. Tiap Minggu Cheakup Apoiment Dgn Doktor Pakar... Xtahu Dah Nk Mkn Ape.. Telan Semua Jadi Pahit... Masih Bergantung Ubat Kumur & Spray Tekak... Dgr2 Mkn Tahun Gak Nk Fully Recover.. Insyallah... Redha Jela... Huhuhu... 😥

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, awk dah dpt deria rasa? Sy dah 3 minggu post op, masih takde deria rasa. Makan apa pun semua rasa besi

      Padam
  27. Ya Allah.. ni la blog yang paling menghiburkan pernah baca seumur hidup. Dari tadi asyik ketawa je. Hahaha.SUka penulisan awak yang kemas dan teratur. Best baca sampai saya pulak terasa ikan bilik dekat tekak tu. Terima kasih sudi share pengalaman ni. Saya kena tonsil lebih 4 kali setahun. So kalau masuk kali ke 7 , nak tak nak mmg kena operate jgk. Minum air sunquick ais pon boleh trigger ni adoi.

    BalasPadam
  28. Hai sis boleh tak ,,,contact saya,,sebab saya ada benda penting nak tanya,,,sebab saya pun lepas operation 0136703181

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, macam mana ya selepas bedah tonsil. Sekarang dah sembuh ke?

      Padam
  29. Bole taknak tahu berapa lama lepas pembedahan tonsil bole mkn nasi.

    BalasPadam
  30. Sya dh operate 31/10/22,(stage 3)buang dua² tonsil.masuk bilik bedah 2 kli tukar katil,bla dh bg ubt bius brpa saat dh pengsan,masuk 11.15am selesai dlm jm1pm.lps operate mmg rsa mengantuk,sya puasa dr 2pg hingga msa operation nk buat xmkn apa² pn sbb lyn ubt bius. Masa kt wad,4 botol jenis cecair parasitamol sya drip dlm bdn n pain killer jd xda rsa sakit..hari pertama saya dh strt mkn bubur sbb dh lapar tu pn dh tgh mlm bru nk mkn.mulut mmg rsa kebas tp demi nak sihat trpksa mkn.bla bca blog ne rsa tkt pulak xmkn,tkt jd pendarahan.arini hr ke3 sya msh dlm proses penyembuhan.hrp² dipermudahkn sgla urusan sya doakan juga kpd yg bkl nk buang tongsil,trsknlh niat tu.sakit sgt bla tongsil menyerang.bla xthn mmg sakit sgt.

    BalasPadam
  31. awak, skrg dah pulih ke belum??

    BalasPadam
  32. Hai saya nak share

    19 januari 23, saya operate tonsil stage 3. Dua2 belah ,2 pagi last makan, 6 pagi last minum. Saya org ketiga turn dalam pkul 12 tghari kene tolak masuk operation room. Habis operation dalam pukul 4 . Lama kene tgu turn mcm tu. Dalam pkul 6 ptg mcm tu dh kene pakse makan bubur sejuk2. Saya telan air dgn panadol mcm biasa . Diorg bg drip ubat antibiotik dgn ape ntah.. saya telan je air liur lepas operation tu mcm biasa. Sbb doc ckp kalau x telan x gerak nnt lg terok berdarah ada cloth blood .Bg saya sakit mcm biasa utk hari pertama ni. Mungkin ada bius lg. Saya tgu sampai malam 12 malam utk rasa tp sama je rasa sakit tu. Tak Sakit sgt. Tp sakit sikitla utk minum air. Saya tido tegak sikit utk elak tertelan darah . N mmg x selesa ye tido. Mengering mcm ada rasa tecekik sket dkt tekak. Mungkin tu rasa bekas operation kan.

    20 jan 2023

    Saya solat subuh mcm biasa. Telan air sejuk. Makan ais krim pagi buta. Ada rasa2 darah sket. Saya gargles dgn air sejuk ais. Diorg ada bg jugak spray throat brand difflam forte. Sgt mmebantu sejuk tekak kebas2.

    Doakan saya cepat sembuh ye. Kekalkan minda positif. Jgn pikir sakit2. Oh ye saya operate dkt hpupm, buat masa ni deposit dalam harga. 1.1k saya ada tny total berape x lebih 2 k bergantung pada berape hari duduk hospital. Jenis bilik 4 org dalam rm100. Nnt saya share lg ye.

    BalasPadam
  33. hai.. alhamdulillah komen2 ni buat sy kuat harungi selama 10hari.. doc pun terkejut hari ke 12 sy da boleh makan nasi.. korg jgn takot.. mmg operate n lepas op kena hadap.. tp x lama.. kalau jg makan n follow apa saja doc ckp inshaAllah Allah mudah kan urusan kite.. hari ngam 1 bulan.. sy da makan apa yg sy nk makan.. derita 10 hari Allah saja tahu

    BalasPadam

  34. Saya baru operate kedua-dua tonsil. Sekarang hari ke15. Malam tadi ketika nak tidur tetiba darah keluar banyak dalam setengah cawan dan terus kumur dengan air air tapi tak ok. Pergi klinik swasta doktor tak dpt buat apa2 dan terus ke hospital emergency. Sekarang masuk ward dan masuk air dgn antibiotik. Ada juga lagi sedikit darah bila berludah. Doakan saya sembuh tanpa kerumitan. Kos bedah dalam Rm13,000 di Pantai Hospital. Kesakitan selepas bedah hanya Allah dan orang yg pernah alami yg tahu.

    BalasPadam
  35. Sy dtg dr Mei 2023.Esok nk oprte.Syukran share pglmn

    BalasPadam
  36. Saya datang dari masa depan 10 Julai 2023. Hari ni selesai operate tonsil, sinus hari yg ke-5. Rindu nak makan sedap2. Terima kasih blog mcm ni membantu. Dan menenangkan hati bagi orang yang sdg melaluinya..

    BalasPadam
  37. Saya sepatutnya operate 23/10. Tiberr dapat call nak dibuatnya 18/8 then tak jadi sebab saya dalam progress lose weight harapnya lose la hahaha then dapat pula date 11/9. Nervous, takut ni Allah je tahu 😂 since saya memang takut bebenda darah operate apa semua ni. Doakan dipermudah urusan saya ye semua orang heheh moga yg baik berbalik juga utk semua. Btw, ada effect tak ye pada suara kita lepas operate nanti ? Ada yg cakap jadi takboleh high pitch

    BalasPadam
  38. Saya Baru Operate Tonsil 7 Hari lepas, MashaAllah Azab dia hmm takyah cakap la..Since Hari pembedahan Sampai harini saya Langsung tak boleh telan apa2 sbb memang sakit .. Air masak pun seksa jgak nk telan..Takut juga bila baca yg akan terjadi bleeding if tiba2 kita makan lepas lama tak makan .

    BalasPadam
  39. aku baca ni sambil gelak wehh😅🤣🤣
    doakan aku operation 28/10 ni tapi kena pulak tarikh dengan exam 😌 btw thankyou sis share pengalaman ye😅
    perasaan takut tu ada ka tapi utk teruskan hidup dengan lebih sihat kena la hadap jugak walaupun risiko tu tinggi

    BalasPadam
  40. Best baca, rasa mcm baca novel..mcm terbayang situasi masa tu 🤭

    BalasPadam
  41. Saya nak bedah tonsil 22 Jun 2024..tonsil bengkak sejak 2020..semoga berjalan lancar inshaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. esk dah kena serah diri 14.5.2024..oprate..seram plk..bila baca..nk hadap hari² peyembuhan.Doa kan semua bjalan lancar..dan cepat sembuh.

      Padam
    2. Dah okay ke? Boleh tahu buat kat hosp gomen atau swasta? And berapa kos?

      Padam
  42. 27/5/24 trikh serah dri ke hospital sg.buloh. Sya ambil under FPP angaran dlm 4k. Tonsil grade 3 siap ada cyst yg mnumpang d tonsil. Tonsil wujud sejak 2023. Smoga bjln lancar.

    BalasPadam
  43. Saya pernah operate tonsil masa kecil umur 7tahun tapi sakit bisa sahaja. Dalam berapa hari hilang dah rasa sakit tu. Mungkin tu lah kenapa banyak orang syorkan pembedahan tonsil masa budak2 biasanya. Sekarang anak saya pula tekena (11tahun) tapi sbab kami non Malaysian saya nak cari tau berapa kos pembedahan swasta. X pasti boleh ka tidak non Malay pembedahan dkat hosp kerajaan ?

    BalasPadam
  44. Sy baru lps operate adenoid dgn tonsil smlm (17/7/2024) spatutnya operation 13/8/24 tp dpt call minta check in 16/7/24 spital..operate pkul 2 ptg..doktor ckp operation 1.5-2jam..tgk2 sy klua dr bilik bedah kul 6.30ptg..nasib x kne anta g icu..sy ada risiko x bgn lps pbedahan.. alhamdulillah bgn jgk wlaupun lmbat..pkul 7 bru kembali ke wad..skrg tgh mnahan sakit bila telan air liur..cuma xselesa kt lelangit yg bjahit..doakan sy kuat ye..td nangis da bila doktor msukkn scope & sedut darah dlm hidung..ckp kt doktor tamau buat sbb sakit..tganggu emosi sy..huhu..da la sakit telan air liur, sakit plak dlm hidung d cucuk2 nye..

    BalasPadam