Pages


Rabu, 6 Mei 2015

Pengalaman Temuduga ( Walk In ) IPG Bimbingan dan Kaunseling

Assalamualaikum :)

hee okay kali ni saya nak ceritakan pula pengalaman saya masa interview walk-in IPG .
macam yang saya beritahu pada entri lepas (Pengalaman Temuduga Sarjana Muda Sains Senibina ( Kepujian ) UiTM ) , saya ada beritahu yang saya dapat temuduga IPG ni pada hari Khamis 30 April 2015 di IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan. 

jadi ceritanya begini..

29 April .

sebelum tu mama suruh minta cuti separuh hari kat GiatMara . ok, sebenarnya saya sendiri yang bersungguh nak pergi giatmara pagi tu walaupun nak ikutkan boleh je ponteng hahahaha. sebabnya, hari tu adalah hari last saya dapat jumpa dengan Akasha sebelum dia masuk Form 6 . alhamdulillah, dapat juga jumpa.

lebih kurang pukul 12 tengahari , ayah ambil balik rumah. sebab ikut plan , nak gerak ke Negeri Sembilan pukul 2.

balik rumah, tengok mama masih menghadap laptop and paper work dia. mama kata sikit jee lagi . lepastu dia pergi ke office, katanya ada urusan penting. saya pun siapkan semua barang nak ke sana.

alhamdulillah, berdasarkan pengalaman temuduga Sarjana Muda Senibina yang kelam kelibut hari tu , saya dapat sediakan segala dokumen dengan lebih tenang , teratur, dan sistematik gitewww haha .

check semula :

  • buat research tentang isu pendidikan terkini dan paling mendapat perhatian.
  • borang maklumat calon (pastikan lengkap diisi termasuk kod pengajian kursus)
  • gambar passport (siap ditampal pada borang maklumat calon)
  • salinan kad pengenalan (sudah disahkan)
  • salinan sijil kelahiran (sudah disahkan)
  • borang akujanji calon (siap diisi)
  • salinan semua sijil dan dokumen berkaitan (sudah disahkan) *cth: sijil pengawas, ketua pelajar, pertandingan pantun ke apa pun bedal je lah 
  • *pastikan semua sijil, dokumen, kad pengenalan asal turut dibawa bersama.
  • *pastikan dokumen asal dan salinan diasingkan berlainan. kalau boleh, yang salinan tu cuma diklipkan sahaja sebab segala maklumat salinan tu akan diambil oleh penemuduga dan tidak dipulangkan.
  • tips penyusunan sijil : jangan susun ikut tahun , susun ikut peringkat
      contoh : peringkat antarabangsa - peringkat kebangsaan - peringkat negeri - peringkat daerah - peringkat zon - peringkat sekolah .kemudian jawatan, ambil jawatan yang paling tinggi dahulu. cth : ketua pelajar - pengawas - ketua kelas - dll .


tengok jam , dah lebih pukul 2 ptg ni. makin lambat pula. nak dekat pukul 4. saya dengan ayah sabar tunggu. mama pun balik. sengih sengih sambil tangan pegang sebuah bag .

" kenapa balik lambat , ma?"
"oh tadi staff sambut birthday untuk yang lahir bulan dua sampai bulan empat ."
" dah boleh gerak sekarang ke?"
" kejap, mama nak print kerja."
"okay"
"mas!!!"
"kenapa? kenapaaa?"
"semua data dalam laptop hilang!!"

aaah parah . tolong godam situ sini, tetap tak jumpa . kesian mama. dia buat kerja tu dari malam semalam, tak tidur. tiba tiba just in a blink of the eyes, hilang semua. disebabkan data data tu nak dihantar sebelum esok juga, ayah pun suruh tangguhkan je dulu perjalanan nak ke seremban sampai mama siapkan kerja dia. kalau ikut plan, petang atau malam tu sampai di negeri sembilan, menginap di hotel supaya esok pagi tak terkocoh kocoh .

tungu punya tunggu , akhirnya mama berjaya siapkan kerja dia sampai pukul 3 pagi . kesian sangat rasanya masa ini sampai terdetik , takpelah kalau tak pergi pun . tapi fikir balik , dah separuh jalan. ni last step untuk masa depan. tebalkan juga hati (ada eh hati tebal? haha)

and at last , kami bergerak ke negeri sembilan pada pukul 4 pagi.

30 April .

selamat sampai di tol Negeri Sembilan. tiba-tiba hujan lebat. signal internet terus lost. waze mahupun google maps langsung tak berfungsi. masing-masing mati kutu. berbalah kecil jugalah dalam kereta sebab ayah kata kiri mama kata kanan aku kata tegak kedepan. nasib baik belum ada lagi jalan menjunam kebawah teheeeee... akhirnya ambil keputusan berhenti di Petronas sekitar negeri sembilan tu, solat subuh sambil tu ambil kesempatan bertanyakan arah pada pekerja Petronas tu. 

pum pang pum pang dia beri arahan , saya pun kumpul maklumat. dah yakin terima maklumat lengkap, pergi ke kereta. ceritakan semula pada mama dengan ayah. masa tu, ada seorang lelaki duduk atas motor perhatikan je perbualan kitaorang. tiba-tiba dia tegur ,

"tuan dengan puan nak kemana sebenarnya?"
"kami nak ke IPG Kampus Raja Melewar" - ayah jawab .
"oh.. tempat saya tu.. tapi saya tengah tunggu kawan saya. takpe saya terangkan."
pum pang pum pang dia terangkan, masing masing blurr tak paham sebab complicated sangat directionnya haha. last-last (agaknya dia pun dah penat explain tak faham faham jugak ) , dia kata
"takpelah macam ni, saya hantarkanlah."
"eh hujan ni. awak pulak naik motor. kata tunggu kawan tadi?"- mama kata.
" takpe, nanti saya call kawan saya. hujan pun dahtak lebat sangat. tuan puan pergi solat dulu."

kuasa Allah , waktu solat tu ada jemaah lain. kebetulan, jemaah tu pun nak ke sana juga. sama tujuan. dan lagi best, satu daerah je punnnn ! hahaha . jadi dia pun ikut belakang kereta saya. kereta saya ikut motor tuan budiman tu .

alhamdulillah, sampai . waktu tu dah pukul 7 pagi. selamat, bermakna ada setengah jam lagi sebelum persediaan interview.

pergi dulu ke kantin untuk bersarapan. selesai sarapan, ada seorang calon interview dengan ayah dia sapa kami.

"dari mana?"
"batu pahat, johor."-ayah
"oh kami dari johor bharu."
"anak ambil kos apa?"-ayah
"kos bimbingan kaunseling."
"lah sama rupanya!"-ayah
"lah yeke?! sesi keberapa?"
"anak saya sesi pertama."-ayah
"oh anak saya sesi kedua."
pastu bla bla bla. disebabkan dah dapat kawan, berkepitlah dengan dia ni (sorilah lupa nama XD)

lepastu dapat maklumat , semua calon temuduga kena berkumpul didewan kuliah. ada taklimat. taklimat tu sekadar nak ingatkan calon tentang segala borang borang, maklumat tempat temuduga, dll.

bergeraklah kami ke pusat temuduga masing masing mengikut kos yang ditawarkan.

sampai di tempat saya, kami semua dikehendaki menanda kehadiran pada satu senarai nama. dan kelakonya, nama saya nama first sekali dari berpuluh orang yang hadir hari tu. alhamdulillah. kalau masa temuduga Senibina jadi 10 nama terakhir *nangis .

selesai tanda kehadiran, ada penemuduga minta kumpulkan semua dokumen. haa masa nilah kena serahkan semua dokumen asal dan salinan. waktu ni, sebilangan besar calon tidak begitu bersedia. ada yang baru nak mencari gambar, ada yang baru nak susunkan sijil. paling haru jika sijil asal dan sijil salinan dicampurkan sekali, dah kelam kabut nak mengasingkan. sebab tu , asingkan sijil asal dan salinan awal-awal dulu ya . selepas tu, nanti akan diberikan pelekat untuk dijadikan name tag. dan tampal je pada tudung/baju.

selesai. nama dipanggil mengikut kumpulan sesi. untuk sesi pertama , ada lebih kurang tujuh orang. saya, syahirah, diana, fatin , azwin *dan tak ingat lagi 2 orang *ampun . alhamdulillah semua perempuan. tak ada lah nervous nak lontarkan pendapat :P 

*saya skip lah .

first sekali , penemuduga tu tayangkan satu video. kumpulan saya dapat video ni :


soalan pertama yang diajukan :

" apa yang awak nampak dalam video tersebut "
*masa ni kena berebut angkat tangan untuk menonjolkan diri. bersemangat saya angkat tangan.

"baiklah awak masturah."

" video ini menunjukkan bahawa keikhlasan merupakan tunjng kejayaan dalam setiap perkara. kalah menang tu adat bertanding kerana kita perlu faham kejayaan sebenar adalah apabila kita dapat melihat kesenangan dan kebahagian orang lain." *bersungguh gila ni.

"saya tanya , apa yang awak nampak. bukan apa yang awak fikir atau awak rasa" 
*pprrrrttttt (sembur air liur guna bibir) haha

kemudian turn fatin jawab,
"video ni menunjukkan sekumpulan kawan yang menolong bapa kawannya yang lain dalam merekacipta teknologi baharu."

"haaa.. itu baru betul. lain kali dengar arahan betul-betul ya. jawab soalan seperti yang ditanya. kalau tak macam mana nak jadi guru yang berdedikasi. nanti murid tanya lain, kamu  jawab lain." haaaa sedas gitu ko kat dahi. haha

*saya skip lagi .

soalan lain.

"sebagai guru kaunseling,bagaimana awak nak membentuk pelajar darjah satu kearah fikiran inovatif dan kreatif?. terangkan dalam masa seminit"
*habis masak aku . sembur jelah

"sebagai guru bimbingan dan kaunseling untuk pelajar tahun 1, saya akan mulakan dengan melihat pada minat mereka. seperti yang kita tahu, pelajar tahun satu masih belum mampu untuk berfikir secara jauh dan matang jadi kita sebagai pembimbing perlu melihat kelebihan murid tersebut dan menghubungkan dengan pemikiran kreatif dan inovatif yang mampu dilakukan. contoh jika dia suka membuat kapal terbang kertas, disitu kita dapat lihat yang dia seorang pelajar yang suka membina. jadi kita perlu bimbing dia dengan membawa ke lawatan berkenaan senibina, pupuk minat dia dengan menceritakan cerita berkaitan dan sebagainya" - lebih kurang macam ni lah saya jawab.

alhamdulillah, sepanjang saya ditemuduga penemuduga tu tak ada pula bertanyakan soalan berkenaan isu pendidikan. rezeki kami. tapi jangan pula tak buat research. sebab kawan saya yang kumpulan lain ada je yang ditanya tentang MBMMBI , PPSMI , fasa gelombang pendidikan lah apa lah, dll. tapi jangan risau, hampir keseluruhan soalan adalah soalan KBAT yang spontan. yang kena jawab terus apa yang ada dalam kepala.

pum pang pum pang, alhamdulillah. akhirnya temuduga kami siap dalam tempoh satu jam. so saya keluar dari bilik interview lebih kurang pukul 10 pagi . tarik nafas . lega. tersenyum, bukan apa, saya puas sebab temuduga kalini saya lebih bersedia mental dan fizikal. apa pun keputusannya, saya serahkan pada Allah sebab saya dah berusaha sehabis daya.

apa yang penting ,
usaha dan kemudian barulah tawakkal . serahkan pada Allah sebab Dia lebih tahu mana yang terbaik untuk hidup kita.

ini prinsip saya waktu saya sedih , rasa down , tertekan .

" kita merancang apa yang terbaik untuk esok dan lusa. tapi Allah merancang apa yang terbaik untuk sepanjang hidup kita. "

jadi , jadi , jadi...
mungkin berkat doa semua orang, mama ayah , keluarga, kekuatan saya bergantung pada Allah , alhamdulillah.. akhirnya saya berjaya dapat tawaran bidang Sarjana Muda Sains Senibina (Kepujian) UiTM yang hari tu saya interview macam nak rak dan putus asa *nangis terharu kesat hingus haha



saya langsung tak expect yang saya boleh lepas temuduga senibina ni sebab ramai sangat calon lain yang lebih berkredibiliti dari saya. serius. mungkin saya terlalu berharap. terlalu sangat untuk jadi arkitek sejak dari darjah satu. puas rasanya bila apa yang kita impikan sejak kecil akhirnya kita dapat genggam (ayat bajet macam dah pegang sijil ijazah senibina je haha) . yang penting, saya dah setapak menuju cita-cita saya.

tapi , tapi , tapi ... macam saya kata sebelum ni, doa mama dengan ayah tetap pada ipg T.T takpelah, sekarang saya sedang cuba usaha neutralkan keinginan saya dgn keinginan parents. percaya, apa yang Allah dan tetapkan itu yang terbaik insyaallah :)

panjang lebar pulak cerita hahahaha . hadap lah korang sampai muntah . okay, last but not least , esok hari last saya kat GiatMara batu pahat . buat Kak Khira, Raudzah , Ameliyak , Ajera a.k.a kak Long , akashah, mohon sangat jangan dilupakan akuuuuu haha . sampai bila-bila kita sayang korang . walau cuma 4 bulan , rasa macam kita dah kenal 4 dekad. kawan sampai mati lah senang cerita . huhu .


Pertandingan Bola Jaring , Stadium Kompleks Sukan Kluang, Johor .
GiatMara Batu Pahat :)
6 Mei 2015 .
ame, kak liya, kak zety, acik, aku, azra, raudzah, kak khira .



Puncak Hutan Lipur Gunung Bukit Soga .
ame , aku, azra, akashah, kak khira :)